fbpx
Cerita Borneo

Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin

Peraturan Baru Ini Berkuatkuasa 3 April 2020

Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin. Berikutan peningkatan jumlah kes serta kluster baru COVID-19 di Malaysia, kerajaan hari ini mengambil langkah yang lebih tegas dengan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan khas di seluruh negara.

Peraturan baru tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
Kredit : xtra

Dibawa Terus Ke Pusat Kuarantin Guna Bas Khas

Menerusi sidang media tersebut, setibanya di lapangan terbang, rakyat Malaysia yang baru tiba ini akan dibawa ke pusat kuarantin menggunakan bas khas dan dikehendaki menjalani saringan kesihatan oleh petugas kesihatan. Sepanjang berada di pusat kuarantin, individu terbabit juga harus patuh pada Standard Operation Procedure (S.O.P.) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin
Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin

Sehubungan itu, ahli keluarga dan rakan terdekat tidak digalakkan untuk menjemput mereka di lapangan terbang kerana mereka akan dibawa terus ke pusat kuarantin.

Trend Peningkatan Kes Di Kebanyakan Negara Berpunca Dari Rakyat Yang Pulang Ke Tanah Air

Tambahnya lagi, pihak kerajaan sedar akan kegusaran rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanah air pada ketika ini, namun mereka dinasihatkan supaya kekal berada di tempat mereka bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Hal ini kerana trend peningkatan kes di kebanyakan negara pada ketika ini menjurus kepada individu yang pulang ke tanah air masing-masing. Mengambil contoh situasi di Wuhan, terdapat peningkatan semula kes apabila warganya pulang ke Wuhan sedangkan wabak tersebut sudah mulai dapat dibendung.

Bukan Lagi Di Rumah, Rakyat Baru Pulang Luar Negara Perlu Kuarantin Di Pusat Kuarantin
Kredit : APNewsroom

Persiapan sepenuhnya akan dilakukan dalam masa 2 hari akan datang bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Pihak kerajaan turut berbincang dengan syarikat pengendali bas bagi menyediakan perkhidmatan bas secara percuma sepanjang peraturan ini dilaksanakan.

Untuk perkembangan terbaharu COVID-19 hari ini, klik pautan berikut : Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia

Artikel Berkaitan

Back to top button