fbpx
Cerita Borneo

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika

Buku puisi tersebut bertajuk Tell Me, Kenyalang.

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika. Tahukah anda bahawa karya puisi anak Sarawak juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa?

Kali ini, buku puisi karya penulis yang berasal dari Kapit, Sarawak, Kulleh Grasi telah dicalonkan untuk anugerah National Translation Awards (NTA) melalui kategori Puisi dan Prosa.

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika
Sumber foto : FB Royston John Kulleh

Untuk pengetahuan anda, anugerah tersebut merupakan anugerah yang diadakan setiap tahun untuk para penterjemah yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang sastera Inggeris.

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika

Buku puisi Malaysia pertama tersenarai ke anugerah tersebut

Lebih membanggakan, buku Tell Me, Kenyalang merupakan buku dari Malaysia bahkan dari seluruh negara Asia Tenggara yang pertama dicalonkan untuk anugerah dari Amerika Syarikat itu.

Whoaa!

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika
Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika.
Sumber foto : FB Royston John Kulleh

Buku tersebut pada asalnya merupakan nukilan Kulleh Grasi dalam Bahasa Melayu berserta campuran bahasa asli suku kaum Sarawak seperti Kayan dan Iban. Ia kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh penulis dan penterjemah sastera, Pauline Fan. Buku tersebut diterbitkan pada Disember 2019 oleh syarikat penerbitan asal New York, Amerika iaitu Circumference Books.

Proses terjemahan ambil masa 3 tahun

Menurut Kulleh, proses penerbitan dan terjemahan buku tersebut mengambil masa 3 tahun secara keseluruhannya. Cabaran paling utama sepanjang proses tersebut ialah perbezaan masa dan lokasi beliau serta ahli pasukan penerbitan yang lain.

Tambahnya lagi, semasa proses tersebut, beliau berada di Kuching, Sarawak manakala penterjemah Inggeris, Pauline Fan berada di Kuala Lumpur. Pasukan editor pula berada di New York dan Berlin, Jerman. Proses tersebut turut mengambil masa yang lama bagi memastikan terjemahan Inggeris masih menepati maksud asal puisi.

Buku Tell Me, Kenyalang mengumpulkan kumpulan puisi nukilan Kulleh, inspirasi daripada kehidupan tradisional masyarakat di Sarawak dan turut ditulis dalam 6 bahasa asli suku pribumi di sini.

Buku Puisi Anak Kapit Jadi Buku Malaysia Pertama Tercalon Anugerah Terjemahan NTA Amerika
Kulleh Grasi bersama penterjemah Inggeris, Pauline Fan.
Sumber foto : Circumference Books

Jadikan pemuisi Indonesia, Subagio Sastrowardoyo sebagai sumber inspirasi

Menerusi laporan Borneo Post, Kulleh menjadikan pemuisi Indonesia, Subagio Satrowardoyo sebagai sumber inspirasi utamanya di samping Goenawan Mohd, Muhammad Salleh, Kahlil Gibran, Pablo Neruda, Zahid M Naser dan Zy Masri.

Penterjemah Inggeris buku ini iaitu Pauline Fan ternyata tertarik dengan keindahan susunan kata dan makna yang diselitkan di sebaliknya. Bukan itu sahaja, penggunaan perkataan dan frasa dalam bahasa asli merupakan aspek yang unik dalam puisi ini.

Terdahulu, pada awal tahun ini juga, buku Kulleh juga turut tersenarai dalam anugerah America’s Best Translated Book Awards 2020 yang mengetengahkan buku fiksyen dan puisi asli terbaik yang diterbitkan pada tahun sebelumnya.

Di sini juga kami kongsikan salah sebuah puisi dalam buku Tell Me, Kenyalang. Melalui puisi ini, jelas sekali bahawa Kulleh memasukkan elemen perkataan suku kaum lain dalam puisi Bahasa Melayunya bagi memberikan gambaran cerita puisi dari sudut kehidupan masyarakat pribumi di Sarawak.

Deep, kan? Tahniah diucapkan kepada Kulleh dan Pauline atas pengiktirafan yang diterima. Semoga lebih banyak karya asli Sabah dan Sarawak diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Baca juga kejayaan anak Sarawak yang lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button