fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Caj Tambahan RM5 Untuk PPE Bagi Servis Gunting Rambut Dan Salon Bermula 9 Jun 2020

iloveborneo Oleh iloveborneo
7 Jun 2020
Caj Tambahan RM5 Untuk PPE Bagi Servis Gunting Rambut Dan Salon Bermula 9 Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan dijangka membayar caj tambahan RM5

Caj Tambahan RM5 Untuk PPE Bagi Servis Gunting Rambut Dan Salon Bermula 9 Jun 2020. Pelanggan kedai gunting rambut dan juga salon dijangka akan perlu membayar caj tambahan RM5 bagi tujuan pembelian dan penggunaan PPE di kedai gunting rambut dan juga salon apabila sektor tersebut dibuka mulai 9 Jun 2020 ini.

Caj Tambahan RM5 Untuk PPE Bagi Servis Gunting Rambut Dan Salon Bermula 9 Jun 2020
Caj Tambahan RM5 Untuk PPE Bagi Servis Gunting Rambut Dan Salon Bermula 9 Jun 2020

Wakil Gabungan Pendandan Rambut Malaysia, Bambang Sutrisno Soteto, berkata perkara itu dipersetujui tujuh persatuan gunting rambut yang menyertai gabungan berkenaan.

Tujuh persatuan itu adalah Persatuan Pendandan Malaysian (MHA); Persatuan Pendandan Bumiputera (BUHA); Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera (MBBA); Persatuan Pembangunan Kemahiran Dandanan Rabut (HSDA); Persatuan Pemerkasaan JurugayaRambut India Malaysia (MIHASS); Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS) dan Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor Wilayah Persekutuan (PJRISWP).

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Terbaharu, President Persatuan Pendandan Rambut Kuching, Raymond Chin berkata, persatuan mereka juga bersetuju untuk mengenakan caj tambahan tersebut bagi tujuan menyediakan peralatan diperlukan operator kedai gunting atau salun dandanan rambut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Walau bagaimanapun, harga kos untuk menggunting rambut adalah kekal (harga berbeza mengikut pengusaha).

Beliau turut memaklumkan bahawa persatuan mereka juga akan membekalkan kad dan pelekat di salon salon mereka bagi memaklumkan pengguna mengenai kos tambahan tersebut, dan mereka juga akan memaklumkan perkara tersebut kepada mereka yang ingin membuat tempahan dandanan.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Borneo Post juga, beliau berharap agar pelanggan dapat memahami perkara tersebut dan berlaku adil kepada semua.

Menurut beliau lagi, pelanggan dan juga pendandan juga diwajibkan untuk menggunakan penutup muka setiap masa apabila mereka berada di dalam premis. Suhu badan mereka juga akan diambil.

Pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius tidak akan dibenarkan untuk masuk. Selain itu, nama dan no untuk dihubungi juga akan diambil bagi tujuan pengesanan kontak.

Untuk operasi salon juga, tempat duduk dan persekitaran akan disanitasi selepas pelanggan meninggalkan salon tersebut dan hanya separuh dari kapasiti asal akan dibenarkan bagi mempraktiskan penjarakan sosial.

Beliau juga memberitahu bahawa tiada makanan dan juga minuman akan dihidangkan ketika pendandan rambut menjalankan servis mereka di dalam premis salon.

Garis panduan tersebut adalah cadangan persatuan mereka dan akan diperincikan dan akhirnya akan diumumkan oleh Kerajaan Sarawak.

Baca juga artikel lain terbaharu dari kami :

Share2530Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy