fbpx
Cerita Borneo

“Cantik Dan Simple!” Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online

Hiasan Bajet Tapi Cantik!

“Cantik Dan Simple!” Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online. Seorang pengguna Twitter, @azyn_ (Azyan Syazwani) mengagumkan netizen apabila beliau berkongsi gambar-gambar hiasan rumahnya yang menjadikan rumahnya kelihatan cantik – ala-ala minimalist gitu!

Malah, kebanyakan hiasan rumah yang ditunjukkan oleh beliau dibeli dalam talian dan pada harga yang berpatutan. Jadi, anda tak perlu keluarkan bajet yang terlalu banyak untuk hiaskan rumah anda!

interior design architecture GIF by ArchDaily
“Cantik Dan Simple!” Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online

“Mula-mula masuk rumah dulu, kosong.”

Menurut Azyan, ketika beliau dan suami pindah masuk ke dalam rumah mereka, rumah tersebut dicuci dan disental setiap sudut akibat malas hendak cat. Difahamkan, pasangan itu berpindah-randah sebanyak 3 kali dan berharap rumah mereka terkini adalah rumah terakhir untuk mereka.

Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah. Memang padu!

Tambahnya lagi, 80% barang hiasan tersebut dibeli dari online. Tinjauan dari bebenang mendapati harga-harga yang disenaraikan adalah harga yang berpatutan – bukan sahaja rupa berkualiti malah pada harga yang tidak terlalu mahal.

Berikut adalah antara barang-barang hiasan yang ditempah oleh beliau secara talian beserta dengan harganya sekali.

Beliau juga sertakan harga rak TV tetapi ia dijual secara asing.

Jika anda berminat pasang lampu studio, beliau juga kongsikan harga lampu studio yang dibeli olehnya tetapi belum dipasang lagi (that’s why ia tidak kelihatan dalam gambar-gambar yang dikongsikan beliau).

"Cantik Dan Simple!" Wanita Ini Kongsi Gambar Hiasan Rumah, 80% Beli Dari Online

Untuk gambar-gambar yang digantung di dinding rumah beliau, beliau hanya beli bingkai gambar kosong dan kemudian cari gambar yang cantik dalam laman web Pinterest. Setelah menemui gambar yang disukai, beliau hantar gambar tersebut ke kedai cetak dan cetakan poster yang berkualiti. Jadi, macam ini lah rupanya!

Simple dan cantik, kan? Untuk lihat lagi senarai lebih, anda boleh baca post original DI SINI.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close