fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 Januari 2020
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Boleh Refund Rupanya!

Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat. Terlepas pesawat atau tidak jadi menaiki pesawat kadang kala boleh menyebabkan kerugian yang besar. Apatah lagi jika anda telah berbelanja besar untuk membeli tiket penerbangan yang berharga beratus-ratus ringgit. Paling sadis, anda fikir wang anda akan ‘burn’ begitu saja. Phew! Bukan senang nak cari duit, kan?

Namun, tahukah anda sebenarnya anda boleh menuntut Cukai Lapangan Terbang yang anda telah bayar semasa pembelian tiket kapal terbang? Yess!

ADVERTISEMENT
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat
Kredit : Pius Erlangga via REUTERS

Sekiranya anda tidak menaiki pesawat (terlepas flight, atau menghadapi situasi yang menghalang anda menaiki pesawat), anda boleh menuntut Cukai Lapangan Terbang dalam tempoh masa 6 bulan selepas tarikh penerbangan. Di Malaysia, syarikat penerbangan yang menawarkan pengembalian ini ialah syarikat penerbangan Air Asia. Anda mempunyai pilihan sama ada anda mahu refund anda dikreditkan ke dalam Akaun Kredit Air Asia atau dalam bentuk bayaran asal.

Beza Akaun Kredit Air Asia dan Bayaran Asal?

Jika anda memilih untuk mengkreditkan bayaran refund anda ke dalam Akaun Kredit Air Asia, wang cukai anda akan dibayar penuh tanpa dikenakan cas. Namun demikian, sekiranya anda memilih untuk menggunakan mod bayaran asal, sejumlah kadar cas refund akan dikenakan tertakluk kepada destinasi penerbangan. Anda boleh menyemak kadar cas refund anda di bahagian Tambang dan Caj Air Asia.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 11 Pakej Bantuan Sarawakku Sayang BKSS 5.0 Bagi Rakyat Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Jom Semak Syarat Refund Dulu!

  • Mesti dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh penerbangan, 1 tahun jika anda berlepas dari Manila, Filipina
  • Seorang atau lebih tetamu tidak menaiki pesawat dengan syarat booking number mesti sama
  • Pengecualian cas refund hanya untuk pesawat kod AirAsia Filipina (Z2), AirAsia Thailand (FD), AirAsia X Thailand (XJ) & AirAsia India (I5), serta pesawat yang berlepas dari Hong Kong dan China.

Langkah Refund Cukai Lapangan Terbang

  1. Pastikan anda tidak check-in penerbangan anda. Penerbangan anda juga perlulah sudah berlepas. Refund ini hanya boleh dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh penerbangan.
  2. Buka laman web Air Asia dan pilih ‘Chat With AVA’
  3. Pilih Refund > Air Asia New Refund Request > Airport Tax Refund
  4. Masukkan maklumat tempahan (booking number, maklumat akaun bank seperti nama bank, nombor akaun bank, nama pemegang akaun, lokasi bank, kod SWIFT)
  5. Tunggu refund anda untuk diproses dan dikreditkan.
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat
Cara Refund Cukai Lapangan Terbang Jika Anda Tidak Menaiki Pesawat

Anda juga boleh menekan butang ‘Live Chat’ jika anda mempunyai aplikasi Air Asia dalam telefon bimbit anda. Sekiranya anda membuat tempahan dengan ejen pelancongan, sila berhubung dengan ejen pelancongan anda untuk membantu membuat permohonan bayaran balik.

ADVERTISEMENT

Selain daripada tuntutan cukai lapangan terbang, anda juga boleh menyemak refund lain yang boleh anda tuntut daripada Air Asia.

Anda pernah terlepas flight atau tidak menaiki pesawat dalam tempoh masa 6 bulan yang lepas? Cepat refund sekarang!

ADVERTISEMENT
Share7147Tweet122SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy