fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Cikgu Guna Duit Sendiri Untuk Beli Barangan Asas Bagi Yang Memerlukan Ketika PKP

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 Oktober 2020
Cikgu Guna Duit Sendiri Untuk Beli Barangan Asas Bagi Yang Memerlukan Ketika PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Guru yang baik hati ini membantu mereka yang tidak mempunyai makanan ketika PKP dengan menggunakan wangnya sendiri.

Cikgu Guna Duit Sendiri Untuk Beli Barangan Asas Bagi Yang Memerlukan Ketika PKP. Seorang guru kaunseling yang berhati mulia dikenali sebagai Maisarah Hannan, menggunakan wangnya sendiri untuk membeli dan mengagihkan makanan bagi keluarga dan pelajar yang mengalami masalah kewangan dalam tempoh PKP ini.

Guru yang berusia 35 tahun itu mengatakan bahawa dia merasa sedih kerana mesej yang dia terima dari pelajar yang meminta penyediaan keperluan asas, terutamanya makanan.

kredit gambar: facebook Maisarah Hannan

Menggunakan wangnya sendiri sebagai permulaan

Dia telah memutuskan untuk mengambil tindakan dengan menggunakan wangnya sendiri sebagai permulaan untuk mencari jalan untuk membantu anak-anak yang kurang berkemampuan ini untuk mengakses bekalan makanan.

Menurut Maisarah Hanan, mereka yang meminta bantuan tersebut tidak meminta banyak, mereka hanya mahukan bantuan makanan sahaja.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Saya cuba mencari jalan untuk menyediakannya, termasuk menggunakan wang saya sendiri dan mendapatkan seberapa banyak bantuan yang saya boleh dapat daripada rakan guru yang lain,” menurut guru yang berhati mulia ini melalui satu kenyataan yang dirakam oleh Harian Metro.

kredit gambar: facebook Maisarah Hannan

Tidak ada pekerjaan semasa wabak COVID-19

“Beberapa pelajar yang kurang berkemampuan dan beberapa pelajar yang ibu bapa mereka telah diberhentikan atau tidak ada pekerjaan semasa wabak COVID-19 ini melanda. “

“Saya dan rakan sekerja turun ke Kampung untuk mengedarkan barangan keperluan asas ke rumah pelajar. Saya terus menjalankan usaha ini kerana saya tahu ramai mereka yang terkena jangkitan wabak ini, terutamanya dengan jumlah kes yang tinggi yang direkodkan di Sabah pada masa ini,” tambahnya.

Maisarah berasal daripada Tawau tetapi cikgu ini bekerja di sekolah menengah di Sandakan. Dia telah aktif memberikan bantuan kepada pelajar yang kurang bernasib baik sejak PKP ini bermula awal pada bulan Mac.

kredit gambar: facebook Maisarah Hannan

Usaha ini telah mendapat banyak sokongan

“Usaha ini telah mendapat banyak sokongan daripada pihak luar dan dana yang tersedia meningkat kerana berkat daripada sumbangan orang ramai. Bantuan tersebut sampai setelah ramai yang berkongsi catatan Facebook saya mengenai usaha ini”.

“Saya juga mendapat maklumat dari Facebook mengenai orang yang memerlukan bantuan ini. Mereka menghantar pesanan kepada saya dan meminta pertolongan. Biasanya, setelah mereka memberikan alamat mereka, saya akan menghantar bekalan makanan kepada mereka bersama rakan”.

kredit gambar: facebook Maisarah Hannan

Ini bukanlah kali pertama bagi Maisarah untuk membantu

“Pada masa yang lain, saya dapati orang yang memerlukan ini dari tinjauan saya sendiri atau dari rakan seperjuangan yang lain”, tambah Maisarah yang mengatakan bahawa sebilangan orang awam juga merupakan penyumbang tetap untuk tujuannya itu.

“Kami menolong dengan sebaik-baiknya agar sumbangan ini dapat meringankan beban mereka,” kata guru yang baik hati ini. Ini bukanlah kali pertama bagi Maisarah untuk membantu bahagikan makanan bagi mereka yang memerlukan ini.

kredit gambar: facebook Maisarah Hannan

Usaha beliau telah bermula pada tahun 2017

Usaha beliau telah bermula pada tahun 2017 lalu. Pada tahun lalu, guru ini juga pernah menjadi tajuk utama juga kerana beliau membeli kuih untuk muridnya beberapa hari dalam seminggu setelah menyedari bahawa mereka tidak mempunyai makanan di sekolah.

Beliau juga turut membeli kasut sekolah baru untuk seorang pelajarnya setelah melihat murid tersebut memakai kasut yang sudah usang ke sekolah. Usaha guru ini amatlah bernilai dan patut dicontohi semua.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy