fbpx
Cerita Borneo

Contoh Terbaik Perangi COVID-19, Malaysia Viral Dipuji Oleh International Dental Surgeon

“Malaysia is an example of how we can all overcome this.”

Contoh Terbaik Perangi COVID-19, Malaysia Viral Dipuji Oleh International Dental Surgeon. Tular dalam Instagram dan Facebook adalah sebuah video yang memuji Malaysia dalam memerangi Covid-19 secara berkesan dan harus dijadikan contoh untuk semua.

Video berdurasi 3 minit terbabit telah ditonton sebanyak sejuta kali, menggabungkan jumlah penonton dari Facebook dan Instagram.

Contoh Terbaik Perangi COVID-19, Malaysia Viral Dipuji Oleh International Dental Surgeon
Contoh Terbaik Perangi COVID-19, Malaysia Viral Dipuji Oleh International Dental Surgeon

Dahulu Malaysia disenaraikan negara tertinggi dalam catatan kes Covid-19 di Asia Tenggara

Video yang disampaikan oleh Dr. Dustin Pfundheller itu menceritakan bagaimana Malaysia mulanya dilanda wabak Covid-19 dan pada asal usulnya merupakan negara tertinggi dalam jangkitan Covid-19 di Asia Tenggara.

“Apa yang lebih menyedihkan tentang kisah negara tersebut adalah bagaimana jangkitan disebarkan. Bukan daripada warga Malaysia yang berparti atau ‘berkelakuan buruk’, ia disebar melalui sebuah perhimpunan agama. Warganegara Malaysia yang berkelakuan baik telah menyebarkan virus tersebut tanpa disedari,” kata doktor tersebut.

Beliau bertambah lagi pada bulan Mac, Malaysia telah makin menurun ke keadaan kritikal dan mempunyai tiga kali lebih banyak kes daripada mana-mana negara di Asia Tenggara. Virus tersebut sudah berada di setiap negeri dan wilayah persekutuan pada ketika itu.

Video memuji usaha Malaysia dalam memerangi Covid-19 tular dalam Facebook dan Instagram. Kredit: Instagram othersideofthetruth

Memuji keberkesanan Kerajaan Malaysia mengendali krisis

Dr. Dustin kemudian memuji kerajaan Malaysia yang bertindak untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan melaksanakan sekatan jalan serta membatalkan semua perhimpunan sosial termasuk sekolah dan IPT dan mengarahkan penutupan semua perniagaan bukan essential sebagai langkah membendung Covid-19.

“Di mana-mana kes yang banyak berlaku, tempat tersebut ditutup dan orang tidak dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan terbabit dengan adanya sekatan jalan. Semua perniagaan pun diarahkan tutup. Tiada siapa pun dibenarkan keluar daripada rumah, tapi jangan risau, mereka diberikan makanan dan bantuan perubatan. Kemudian, kes-kes di Malaysia menurun.”

Video kemudian menunjukkan bagaimana negara-negara Asia Tenggara lain mulai melebihi jumlah Malaysia dalam jangkitan Covid-19 yang direkodkan dari 14 April dan seterusnya, sambil menambah bahawa negara-negara jiran kita di seberang iaitu Singapura, Filipina dan Indonesia kini mempunyai “15 kali ganda kes dari Malaysia.”

Contoh Terbaik Perangi COVID-19, Malaysia Viral Dipuji Oleh International Dental Surgeon
Malaysia kini berada di tahap bawah dalam catatan kes Covid-19 berbanding dengan negara-negara jiran kita. Kredit: The Economic Times

“Kisah mereka harus diketahui oleh seluruh dunia!”

“Angka Covid-19 Malaysia bagus. Tetapi apabila anda menyedari pada satu ketika dahulu, mereka tiga kali lebih teruk daripada mana-mana negara di Asia Tenggara, dan sekarang mereka adalah salah satu yang terbaik, ini adalah kisah luar biasa yang perlu diceritakan,” kata beliau.

Sejak video itu mendapat perhatian viral dari penonton Malaysia dan antarabangsa, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mengakui bahawa Malaysia memang patut diberi perhatian yang sewajarnya.

“Kisah negara kita harus dikongsi kepada dunia dan ini secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada Malaysia mengenai perjuangan kita melawan pandemik Covid-19,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Star.

Health DG Dr Noor Hisham joins coalition of global scientists ...
Antara figure rakyat Malaysia sudah biasa nampak sepanjang krisis ini adalah DG Dr. Noor Hisham. Kredit: The Star
Malaysian front-liners are politely urging you to stay the f*ck ...
Para barisan hadapan turut menjalankan hashtag #StayHome, #DudukRumah sebagai kesedaran untuk warga Malaysia agar berduduk di rumah sepanjang PKP. Kredit: Mashable SEA

Beliau berkata lagi kita harus berbangga kerana negara kita dipuji oleh seluruh dunia dan usaha ini atas usaha semua yang memberi kerjasama dan bekerja keras iaitu kerajaan, Kementerian Kesihatan, anggota polis dan angkatan tentera serta semua agensi yang memerangi wabak ini sejak beberapa bulan yang lalu, termasuk rakyat Malaysia yang telah mematuhi PKP.

Coronavirus: Malaysia's movement restrictions extended to April 14 ...
Sepanjang PKP sekatan jalan dilaksanakan di semua jalan-jalan utama di seluruh negara. Kredit: The Straits Times

Tidak dinafikan warga Malaysia telah mengharumkan negara secara langsung sepanjang krisis ini, secara lokal dan antarabangsa. Ini barulah pengiktirafan yang wajar diberi dan lebih memanfaatkan. Semoga warga Malaysia kekal patuh kepada PKPB dan menjaga jarak sosial kelak.

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close