fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
12 Mac 2020
COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sebarang Penangguhan Akan Diumumkan Kepada Orang Awam Melalui Hebahan Media

COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak. Susulan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan interaksi di kawasan sesak seperti di acara awam untuk mengelakkan penularan wabak. Namun demikian, kerajaan Sarawak hari ini telah memutuskan bahawa acara antarabangsa mahu pun tempatan akan tetap diteruskan beserta pelaksanaan langkah berjaga-jaga yang ketat.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semasa mesyuarat bersama Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak yang diadakan pada hari ini.

ADVERTISEMENT
COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Kredit : STR/MOHD LATIF AHMAD

Sesetengah acara telah pun ditangguhkan namun sebarang acara yang memutuskan untuk berbuat demikian selepas ini akan diumumkan kepada orang ramai melalui hebahan media.

Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Ditunda Ke Julai

Setakat ini, salah satu acara yang telah mengesahkan penangguhan ialah Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa. Acara tersebut dibawa ke bulan Julai akibat penularan COVID-19. Menurut presiden Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA), Dato’ Patrick Liew, penangguhan tersebut adalah disebabkan sekatan ke luar negara di negara Eropah memandangkan kebanyakan atlet yang menyertai kejohanan tersebut berasal dari benua tersebut.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Sementara itu, Dato’ Abdul Karim Hamzah berharap agar dua acara besar penting di Sarawak iaitu Festival Muzik Hutan Hujan Dunia pada bulan Julai dan Spartan Race pada awal April ini akan tetap diteruskan. Tambahnya lagi, beliau optimis bahawa acara tersebut akan dapat diteruskan memandangkan ia menerima penyertaan daripada negara seperti Singapura, Indonesia, serta Amerika dan bukannya daripada negara Benua Eropah.

COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak
Kredit : Andy Kho
COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak

Lagi artikel berkaitan COVID-19 :

ADVERTISEMENT

Apa pandangan anda? Apa-apa pun, ikuti langkah berjaga-jaga yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jaga diri gais!

SUMBER : The Borneo Post
Share17824Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy