fbpx
Cerita Borneo

Covid-19 : Hospital Swasta Besar Sedia Terima Pesakit Jika Keadaan Bertambah Teruk

Hospital swasta sedia untuk menerima pesakit Covid-19

Covid-19 : Hospital Swasta Besar Sedia Terima Pesakit Jika Keadaan Bertambah Teruk. Hospital swasta yang berkapisiti besar serta didaftar sebagai anggota Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengumum bahawa mereka bersedia menerima pesakit Covid-19 dengan Kementerian Kesihatan, menjangkakan kes Covid-19 mungkin akan meningkat pada pertengahan bulan ini.

Medical partnership to help all | The Star Online
Covid-19 : Hospital Swasta Besar Sedia Terima Pesakit Jika Keadaan Bertambah Teruk

Pakar-pakar kini sedang menjalani sesi webinar dengan kementerian

Presiden APHM, Datuk Dr. Kuljit Singh berkata pakar perubatan dan pakar penyakit berjangkit di hospital swasta yang lebih besar kini menjalani sesi webinar untuk bersedia membantu kerajaan sekiranya perkhidmatan diperlukan.

“Kami sering menjalani sesi webinar berterusan yang dijalankan oleh kementerian dengan pakar swasta mengenai protokol. Kami sudah belajar dan bersiap sedia terutamanya pakar penyakit berjangkit.” kata beliau.

Beliau bertambah lagi, hospital-hospital swasta yang lebih besar seperti yang di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor mempunyai kapasiti untuk merawat pesakit Covid-19 namun kapasiti itu berkurangan di Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Hospital swasta dikritik tidak mengambil pesakit Covid-19 akibat kos rawatan tinggi

Kritikan ini juga berhubung kepada pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU). Namun, beliau berkata hal ini kerana hospital kerajaan yang ditetapkan mempunyai fasiliti yang lebih baik serta doktor mereka lebih berpengalaman dalam menangani penyakit berjangkit.

Walau bagaimanapun, hospital swasta kini mempunyai kakitangan hospital yang berjumlah besar kerana pesakit mereka tidak datang akibat takut dengan Covid-19. Justeru, sekiranya kerajaan memerlukan sokongan dari sektor ini, jururawat dan atendan hospital atau mana-mana doktor hospital swasta yang bersedia akan dihantar untuk menjadi sukarelawan ke hospital-hospital awam. Beliau bertambah lagi sebanyak 900 katil sedia ada di semua hospital swasta di seluruh negara akan dihantar ke pesakit bukan Covid-19.

Kebanyakan doktor melakukan konsultasi pro-bono untuk kebanyakan pesakit yang datang dari hospital-hospital awam.

“Hospital swasta akan mengenakan bayaran harga rawatan untuk pesakit yang dirujuk oleh kerajaan,” katanya, sambil menambah bahawa hospital swasta juga telah meminjamkan 68 ventilator kepada kerajaan.

Hospital swasta perlu mula merawat pesakit Covid-19

Ahli Inisiatif Kesihatan Rakyat Dr Chee Heng Leng berkata hospital swasta perlu mula merawat pesakit Covid-19 jika hospital kerajaan mencapai kapasiti penuh. Beliau, yang juga merupakan penganalisis kesihatan bertambah (mengenai krisis Covid-19),

“Seluruh negara dan semua masyarakat diperlukan. Ini termasuk sektor swasta seperti hospital swasta, pakar perubatan dan pakar-pakar lain – dalam tindak balas strategik mereka.”

Kementerian Kesihatan sebagai pemimpin penyelaras respons ini harus menghasilkan strategi bagaimana hospital swasta boleh masuk. Beliau berkata premis, kemudahan dan kakitangan hospital swasta boleh disediakan untuk merawat pesakit Covid-19. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan isu siapa yang membayar dan kosnya perlu diputuskan di peringkat kebangsaan.

“Kita juga perlu tahu berapa hospital swasta sedang menuntut kerajaan (pembayar cukai) untuk kes-kes bukan berkaitan dengan Covid-19 yang dirujuk di sana. Selain itu, hospital swasta perlu menyemak semua kos mereka ke bawah untuk semua pesakit selagi krisis ini berlangsung.”

The Price For Healthcare In Malaysia Is Much More Expensive Now
Kredit: Says.com

Baca Juga Artikel Menarik Yang Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button