fbpx
Cerita Borneo

COVID-19: Ini Adalah Syarat Dan Panduan Pemohonan Dana NADMA

Pemberian Bantuan Khas Covid-19

COVID-19: Ini Adalah Syarat Dan Panduan Pemohonan Dana NADMA. Baru-baru ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengumumkan bahawa warga Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau pekerja yang tidak dibayar gaji sejurus Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu boleh memohon bantuan khas dari dana Covid-19.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

Mereka yang bukan warganegara Malaysia, tidak bekerja sebelum Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19 tidak layak untuk menerima bantuan ini.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan perintah atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat pesakit Covid-19 yang warded.

Bantuan ini hanyak akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Bagaimana Untuk Bermohon?

Anda boleh memohon melalui kaedah ini:

  • Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19

Borang yang perlu dimuat turun adalah:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah)
  1. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan

    b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  2. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
    a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Apakah cara bayarannya?

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut…

Sila layari portal rasmi NADMA di pautan ini: nadma.gov.my

Artikel Berkaitan

Back to top button