fbpx
Cerita Borneo

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG

Perkara Ini Didedahkan Menerusi Kajian Universiti John Hopkins

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG. Sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat, mendapati bahawa negara yang memberikan vaksin Bacillus Calmette-Guérin (BCG) kepada penduduknya mempunyai kadar kematian COVID-19 pada tahap 6 kali lebih rendah daripada negara yang tidak menjalankan program vaksinasi BCG.

Dihasilkan Daripada Bakteria Tuberculosis Dalam Haiwan

Vaksin BCG merupakan sejenis bakteria yang dilemahkan dan disuntik masuk ke dalam badan manusia. Antibodi manusia akan dihasilkan dengan lebih banyak dan kuat bagi melawan bakteria ini. BCG dihasilkan daripada bakteria Mycobacterium bovis, yang mengakibatkan Tuberculosis dalam haiwan seperti lembu.

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG

Ujikaji sebelum ini menunjukkan bahawa individu yang menerima suntikan vaksin BCG mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih kuat dan berupaya melindungi diri daripada jangkitan tersebut.

Sebagai contoh, vaksinasi BCG dalam kalangan orang asli Amerika mendapati vaksin tersebut berupaya mencegah jangkitan Tuberculosis walaupun selepas 60 tahun mereka mengambil suntikan tersebut.

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG
COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG

Di Asia, penduduk Singapura dan Malaysia diberi vaksin ini secara rutin sekali seumur hidup sebaik sahaja bayi tersebut baru lahir manakala Taiwan memberikan vaksin ini dua kali iaitu semasa lahir dan pada usia 12 tahun. Antara negara Asia lain yang menyediakan vaksin ini kepada penduduknya ialah Hong Kong, Jepun, Thailand, Mongolia, Filipina dan Sri Lanka. Korea Selatan menghentikan program pemvaksinan semula BCG pada tahun 2008.

Baca juga vaksin yang dibiayai oleh Bill dan Melinda Gates di sini :

Walau bagaimanapun, vaksin ini dikatakan mampu meningkatkan sistem imuniti badan secara tidak langsung terhadap jangkitan penyakit lain termasuklah penyakit berkaitan pernafasan.

Kumpulan penyelidik daripada Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health tersebut menganggarkan kadar kematian berdasarkan data jumlah kematian daripada 50 buah negara teratas yang mempunyai jumlah kes yang tertinggi.

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG
Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Bagi mengelakkan data yang tidak tepat kerana setiap negara mempunyai lingkungan waktu jangkitan yang berbeza, data diambil bermula pada hari ke-100 COVID-19 sejak dari kes positif pertama dari setiap negara.

Jumlah kes serta kematian kemudian dibandingkan dengan negara yang menyediakan program vaksinasi BCG kepada penduduknya.

Negara Berpendapatan Tinggi Memiliki Kadar Kematian Yang Paling Tinggi

Menerusi kajian tersebut juga, purata kematian juga berbeza mengikut klasifikasi negara. Negara berpendapatan tinggi didapati mempunyai kadar kematian (per juta penduduk) paling tinggi iaitu 5.5, diikuti oleh negara berpendapatan sederhana-tinggi (0.65) dan akhir sekali negara berpendapatan sederhana-rendah (0.4).

COVID-19 : Kadar Kematian 6 Kali Lebih Rendah Di Negara Guna Vaksin BCG

Menurut pasukan penyelidik, hakikat bahawa negara berpendapatan tinggi mempunyai kadar kematian yang paling tinggi adalah situasi yang berlawanan dengan situasi yang biasa dilihat semasa sesuatu pandemik melanda. COVID-19 sebelum ini dijangka lebih mudah menyerang individu yang berusia 65 tahun ke atas, namun demografik usia ini agak kurang di negara berpendapatan rendah.

Buat masa ini, ujian keberkesanan vaksin BCG melawan COVID-19 sudah mula dijalankan ke atas 4,000 petugas kesihatan di Australia. Para saintis berharap agar vaksin ini berupaya untuk meningkatkan sistem imuniti badan manusia sementara menunggu vaksin sebenar COVID-19 serta kaedah rawatan yang tepat dihasilkan.

Kajian berkenaan vaksin BCG tersebut diterbitkan secara umum di laman arkib medRxiv.

Artikel Berkaitan

Back to top button