fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

COVID-19 : Kerajaan Naikkan Harga Topeng Muka Daripada 80 Sen Kepada RM 2

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Mac 2020
COVID-19 : Kerajaan Naikkan Harga Topeng Muka Daripada 80 Sen Kepada RM 2
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kenaikan Harga Sebanyak 150% Akibat Kekurangan Bahan Memproses

COVID-19 : Kerajaan Naikkan Harga Topeng Muka Daripada 80 Sen Kepada RM 2. Topeng muka boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa’ bagi mereka yang sangat memerlukan item tersebut semasa situasi penularan wabak COVID-19 kini. Menerusi sidang media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diadakan pagi tadi, harga siling topeng muka bakal dinaikkan daripada 80 sen ke RM 2 berikutan kekurangan bahan memproses dan kenaikan harga bahan asas produk dan kos pembuatan item tersebut.

Kenaikan Harga Sebanyak 250% Akibat Kekurangan Bahan Memproses
Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP. Kredit : MOHD SAHAR MISNI via The Star

Aktiviti Eksport Topeng Muka Dihentikan Serta Merta, Import Tetap Diteruskan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau turut memberitahu bahawa aktiviti mengeksport topeng muka buat masa ini dihentikan serta-merta bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bahan mentah. Walau bagaimanapun, aktiviti import topeng muka akan tetap diteruskan bagi menjamin keperluan bekalan yang mencukupi untuk semua pihak.

ADVERTISEMENT
COVID-19 : Kerajaan Naikkan Harga Topeng Muka Daripada 80 Sen Kepada RM 2
Kredit : MCA

Keputusan menaikkan harga topeng muka tersebut adalah bagi menggalakkan pengilang tempatan mengeluarkan bekalan yang lebih banyak untuk kegunaan yang meningkat secara mendadak akibat wabak COVID-19. Jelasnya, harga yang sedikit tinggi ini membolehkan para pengeksport menampung kos untuk membawa topeng muka tersebut ke pasaran tempatan.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan bahan mentah di seluruh negara mencukupi sehingga 31 Mac 2020.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Source: The Star Online
Share1089Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy