fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemption’ Dari Kerajaan Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
16 Mac 2020
COVID-19 : Netizen Keliru Maksud ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemption’ Dari Kerajaan Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pemahaman Berbeza Dari Media Dan Netizen

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemption’ Dari Kerajaan Sarawak. Kerajaan Sarawak pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa langkah tegas akan diambil bagi menangani kemelut penularan wabak yang semakin memuncak di Malaysia. Namun demikian, setelah sidang media yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg pada petang tadi, timbul pelbagai kekeliruan dan persoalan oleh golongan netizen.

Hal ini dilihat mendatangkan salah faham dalam kalangan masyarakat kerana kenyataan yang dibuat oleh kerajaan Sarawak berhubung isu ini tidak begitu jelas dan terperinci.

ADVERTISEMENT
COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak
COVID-19 : Netizen Keliru Maksud ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemption’ Dari Kerajaan Sarawak

Kekeliruan Pertama – “Exemption Travel” : Untuk KELUAR dari Sarawak atau MASUK ke Sarawak?”

Berikut merupakan petikan pemahaman yang berbeza daripada netizen serta pengamal media di Sarawak.

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak

Seorang pengguna laman media sosial Facebook telah meluahkan kekeliruannya menerusi status yang dimuat naiknya. Menurut pengguna ini, beliau kurang memahami terma ‘Stay Home Notice’ dan ‘Exemptions’ yang digunakan dalam kenyataan rasmi kerajaan Sarawak.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

1. Apa guidelines ‘SHN’? Adakah SHN ya ada jarak keluar dari rumah? – “Apakah prosedur untuk SHN? Adakah SHN menetapkan jarak keluar dari rumah?”

2. Apa maksud pemantauan through ‘modern technology application’? Adakah kita mempunyai apps sedemikian untuk memantau keadaan org yang kenak notis ‘SHN’? Atau baruk nak molah sebelum 18/3 kelak? – “Apakah maksud pemantauan melalui aplikasi teknologi moden? Adakah kita mempunyai aplikasi sedemikian untuk memantau keadaan individu yang dikenakan notis SHN? Atau aplikasi tersebut baru sahaja dibina sejurus sebelum 18 Mac nanti?”

ADVERTISEMENT

3. ‘Exemption travel’ : Untuk KELUAR dari Sarawak atau MASUK ke Sarawak? Sik jelas. – “Exemption travel” : Untuk KELUAR dari Sarawak atau MASUK ke Sarawak? Tidak jelas”

Kekeliruan Kedua – “SHN Bukan Bermaksud ‘lockdown’, Sebaliknya Ia Hanyalah Kuarantin Selama 14 Hari“

Dalam pada masa yang sama, pengguna yang lain pula mempunyai pengertian yang berbeza mengenai kenyataan kerajaan Sarawak. Menurut pengguna laman sosial ini pula, kenyataan SHN bukan bermaksud ‘lockdown’, sebaliknya ia hanyalah kuarantin selama 14 hari jika anda memasuki Sarawak selepas 18 Mac 2020.

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya petugas kesihatan yang mempunyai urusan rasmi sahaja tidak memerlukan kuarantin tersebut. Rakyat Sarawak yang berada di negeri tersebut pula disarankan untuk mengamalkan ‘social distancing’ walau pun dibenarkan bebas untuk ke mana-mana sahaja.

Kekeliruan Ketiga – “Anda BEBAS KELUAR DARI SARAWAK”

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak

Dalam satu perkongsian oleh pengguna lain pula, ia menyatakan bahawa sesiapa sahaja adalah bebas untuk keluar dari Sarawak.

Lain Pula Persepsi Pengamal Media Di Sarawak

Namun demikian, lain pula halnya dengan kenyataan pengamal media Sarawak. Melalui keratan akhbar dalam talian Sarawak, mereka tidak menyatakan bahawa sesiapa sahaja bebas untuk keluar dari Sarawak. Sebaliknya, semua pelawat (asing dan domestik) termasuk rakyat Sarawak yang pulang ke negeri ini akan dikenakan notis duduk di rumah (SHN).

Pengecualian pula akan diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada individu yang perlu melakukan perjalanan bagi tujuan rasmi atau perniagaan.

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak
Keratan akhbar dalam talian Sarawak tentang kenyataan sidang media kerajaan Sarawak berkenaan COVID-19 hari ini.

Langkah ‘Stay Home Notice’ Telah Dilaksanakan Di Singapura Beserta Tatacara Yang Lengkap

Untuk pengetahuan anda, langkah ‘Stay Home Notice’ ini telah terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh kerajaan Singapura pada 11 Mac 2020 (Jumaat). Terbaharu, Singapura dilaporkan memperketatkan perintah SHN untuk individu yang memasuki negara tersebut termasuklah pelancong dari negara-negara ASEAN tanpa mengira sejarah perjalanan dan keputusan ujian COVID-19. Penguatkuasaan ini dilaksanakan beserta penerangan dan tatacara yang lengkap.

COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak
COVID-19 : Netizen Keliru Maksud 'Stay Home Notice' dan 'Exemption' Dari Kerajaan Sarawak

Untuk info lanjut, layari pautan ini : Panduan ‘Stay Home Notice’ Kerajaan Singapura

Sekiranya kerajaan Sarawak mengambil pendekatan sama seperti yang dilakukan oleh negara Singapura, ia haruslah disertakan dengan penerangan yang terperinci, serta prosedur yang jelas agar tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Sudah tentu, kekeliruan ini hanya memburukkan lagi keadaan apabila rakyat mula panik dan menyebarkan tafsiran yang kurang sahih.

Share7817Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy