fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
13 Mac 2020
COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Susulan Arahan Yang Dikeluarkan Oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Sidang media Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di pejabat menterinya pada tengah hari (13/3/2020, Jumaat) susulan situasi COVID-19 di Sarawak. Kredit : Dayak Daily

COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak hari ini mengumumkan bahawa kesemua acara besar pelancongan yang sepatutnya berlangsung dalam masa 2 bulan yang akan datang ditangguhkan sehingga diberitahu kelak memandangkan situasi COVID-19 di Sarawak yang semakin membimbangkan.

Dato’ Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan perkara tersebut melalui sidang media yang dijalankan di pejabat beliau tengah hari tadi. Berikutan pandemik yang kini sudah menular ke Sarawak, acara signifikan untuk pelancongan Sarawak iaitu Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) turut ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF
COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF

Kementerian Akur Arahan Penangguhan, Acara Boleh Diteruskan Sekiranya Situasi Reda

COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF

Tambahnya lagi, walau pun sukar, namun keputusan tersebut perlu dibuat demi keselamatan dan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19. Pihaknya di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Belia dan Sukan Sarawak harus akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Kesemua acara tidak dibatalkan, namun sebaliknya hanya ditangguhkan sehingga situasi COVID-19 reda.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

Sekiranya wabak ini reda dalam masa 2 bulan, jawatankuasa penganjur boleh meneruskan acara signifikan Sarawak tersebut semasa bulan ketiga. Sekiranya diteruskan, beliau berharap agar acara tersebut dapat dihidupkan semula seperti perancangan asal.

RWMF baru sahaja dilancarkan kurang dari 24 jam sebelum arahan penangguhan dikeluarkan pagi tadi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

COVID-19 : Semua Acara Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang Ditangguhkan Termasuk RWMF
Sekitar pelancaran RWMF 2020 semalam (12/3/2020, Khamis). Kredit : BESarawak

Dalam pada masa yang sama, lebih 30 acara perniagaan dan berunsur pelancongan telah ditangguhkan serta merta. Antaranya seperti Spartan Race Sarawak 2020 yang sepatutnya diadakan pada bulan hadapan, Borneo Jazz Festival di Miri, Borneo Cultural Festival di Sibu dan banyak lagi.

SUMBER : Dayak Daily
Share464Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy