fbpx
Cerita Borneo

COVID19 : 1 Lagi Kematian Dicatatkan, Kes Kematian Keseluruhan Kini 17 Kematian

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia

COVID19 : 1 Lagi Kematian Dicatatkan, Kes Kematian Keseluruhan Kini 17 Kematian. Datuk Hisham Abdullah menerusi satu kemaskini terbaru di laman facebook beliau memaklumkan bahawa 1 lagi kematian kerana COVID19 dicatatkan di Malaysia setakat ini. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 17 orang.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

TERKINI : Malaysia Catat 212 Kes Positif COVID19 Dan 4 Kematian Hari Ini

Difahamkan neliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan

Back to top button