fbpx
Cerita Borneo

COVID19 : 2 Lagi Kematian, 10 Kes Positif Di Sarawak Hari Ini, Samarahan Kini Zon Merah

Statistik terbaru telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

COVID19 : 2 Lagi Kematian, 10 Kes Positif Di Sarawak Hari Ini, Samarahan Kini Zon Merah. Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 2 lagi kes kematian menjadikan 12 kes kematian keseluruhan dan 10 kes positif COVID19 menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID19 di Sarawak kepada 264 Jumlah Positif.

COVID19 : 2 Lagi Kematian, 10 Kes Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, Samarahan Kini Zon Merah

Mangsa kematian kesebelas (11) merupakan seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Sebah Height, Kuching. Beliau telah dikesan positif COVID- 19 pada 28 Mac yang lalu. Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak dan meninggal pada 04 April jam 1.37 petang.

Mangsa kematian kedua belas (12) merupakan seorang lelaki berumur 53 tahun dari Batu Kawa, Kuching. Kes telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac dan disahkan positif COVID-19 pada 02 April.

Kes telah meninggal dunia pada 05 April jam 12.39 pagi. Setakat ini belum dipastikan kes telah mempunyai kontak dengan orang yang telah disahkan positif COVID-19

50 Kes Person Under Investigation Dicatatkan

50 kes baru person under investigation dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan PUI kepada 1629 kes. 1304 kes PUI adalah negatif dan 61 kes lagi sedang menunggu laporan makmal.

Sementara itu, pertambahan kes di Samarahan menjadikan kes keseluruhan di Samarahan sebanyak 43 kes. Ini menjadikan Samarahan sebagai Zon Merah ( Zon Merah adalah untuk kawasan dengan 41 kes ke atas )

Artikel Berkaitan

Back to top button