fbpx
Cerita Borneo

COVID19 : 23 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 211 Kes Keseluruhan Setakat Ini

Perkara tersebut dimaklumkan ketika sidang media jawatankuasa bencana negeri Sarawak sebentar tadi

COVID19 : 23 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 211 Kes Keseluruhan Setakat Ini. Sarawak mencatatkan 23 kes baru positif COVID19 hari ini dengan 21 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 2 lagi kes dirawat di Hospital Sibu. Bilangan kes keseluruhan kini adalah 211 kes. Dengan 1 lagi kematian yang dicatatkan malam semalam : Baca : Terkini : Sarawak Catat 1 Lagi Kematian Akibat COVID19 , kes kematian keseluruhan di Sarawak adalah 9 kematian.

COVID19 : 23 Kes Baru Positif COVID19 Di Sarawak Hari Ini, 211 Kes Keseluruhan Setakat Ini

Jumlah Person Under Investigation juga bertambah

Pada hari ini juga, jumlah person under investigation telah bertambah dengan 91 kes person under investigation dicatatkan. Kes PUI keseluruhan setakat ini adalah 1379 kes. Daripada jumlah itu, 1,082 kes adalah negatif dan 86 kes PUI masih menunggu keputusan makmal. Bandaraya Kuching mencatatkan bilangan PUI tertinggi dengan 63 kes keseluruhan di mana 33 kes adalah telah di saring di Kompleks Belia dan Sukan dan 30 kes yang lain adalah dari Hospital Umum Sarawak.

Taburan PUI mengikut daerah adalah seperti di bawah :

DaerahJumlah
Kuching63
Samarahan16
Asajaya1
Serian1
Betong2
Mukah1
Bintulu4
Miri3
Jumlah91

Artikel Berkaitan

Back to top button