fbpx
Cerita Borneo

COVID19 Di Brunei : 5 Hari Tanpa Kes Baru, 91 dari 135 Kini Sudah Sembuh

8648 ujian telah diadakan di negara tersebut

COVID19 Di Brunei : 5 Hari Tanpa Kes Baru, 91 dari 135 Kini Sudah Sembuh. Brunei yang sebelum ini mencatatkan kes pertama positif COVID19 di Pulau Borneo kini memasuki hari ke 5 tanpa kes baru. Kes positif pertama COVID19 di Brunei dicatatkan pada 9 Mac 2020 yang lalu

Hanya 1 kematian dicatatkan setakat ini

Hanya 1 kematian dicatatkan di Brunei setakat ini melibatkan lelaki tempatan berumur 64 tahun yang merupakan kes ke 25 COVID19 di Brunei Darussalam. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID19 di Brunei adalah 135 kes jangkitan yang bermula dengan jangkitan kluster tabligh dan kes 135, iaitu yang terakhir setakat ini juga merupakan kes kluster tabligh, tetapi individu ini turut menghadiri perhimpunan lain di Makassar yang telah dibatalkan. Beliau telah kembali ke Brunei dengan menaiki pesawat Malaysia airlines melalui Miri, Sarawak.

COVID19 Di Brunei : 5 Hari Tanpa Kes Baru, 91 dari 135 Kini Sudah Sembuh
COVID19 Di Brunei : 5 Hari Tanpa Kes Baru, 91 dari 135 Kini Sudah Sembuh

Langkah proaktif Kerajaan Negara Brunei juga setakat ini telah menyaksikan 2281 individu sudah melengkapkan kuarantin mereka dan 94 orang lagi masih dikuarantin.

Setakat ini, hanya baki 43 kes masih dalam rawatan. 91 orang pula telah sembuh.

Brunei mula halang rakyat dari keluar sebulan yang lalu

Selepas pertambahan kes dikesan secara mendadak bermula dari kes pertama yang dicatatkan, kerjaan Brunei kira kira sebulan yang lepas sudah mula menyekat rakyatnya daripada keluar negara. Arahan untuk tidak keluar negara ini adalah untuk kesemua rakyat Brunei termasuk penduduk tetap dan rakyat negara lain yang mempunyai green identification card . Permohonan untuk ke luar negara hanya boleh dibenarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan bahawa hanya 2 orang masih berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan mesim pernafasan. Baki 41 kes lagi adalah dalam kadaan yang baik.

Seperti negara lain juga, sesiapa yang ingin memasuki Brunei kini perlu membuat pengasingan mandatori selama 14 hari sepenuhnya di tempat yang telah dikenalpasti oleh kerajaan.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button