fbpx
Cerita Borneo

Craving Apam Balik Pasar Malam? Ini Resipi Apam Balik Yang Gebu Dan Enak Dimakan

Mengidam Apam Balik?

Craving Apam Balik Pasar Malam? Ini Resipi Apam Balik Yang Gebu Dan Enak Dimakan. Sepanjang PKP ini kita telah melihat kebanyakan kawan kita dalam media sosial menunjukkan bakat masak mereka. Semua sedap dipandang! Dari donut, ke kuih penyaram, malah roti paun, bakat-bakat memasak warga Malaysia memang terserlah sepanjang tempoh PKP. Sekiranya anda sudah run out of ideas apa nak buat untuk minuman petang, berikut adalah resipi yang anda boleh guna untuk membuat salah satu hidangan favourite minuman petang, iaitu Apam Balik! (Kredit kepada Facebook Resepi Apam Balik)

Craving Apam Balik Pasar Malam? Ini Resipi Apam Balik Yang Gebu Dan Enak Dimakan
Craving Apam Balik Pasar Malam? Ini Resipi Apam Balik Yang Gebu Dan Enak Dimakan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung naik sendiri – diayak
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sebiji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar (anda boleh gantikan dengan air kosong namun rasanya akan kurang sikit)
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Isi

  • 1 tin jagung (optional)
  • 1 cawan kacang tumbuk
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega

Cara membuat Apam Balik

  1. Pukul gula dan telur sehingga mixture berkembang
  2. Masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning
  3. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kacau agar ia tidak bergentel
  5. Perapkan mixture selama satu jam

Satu jam kemudian…

  1. Panaskan pan (preferably non-stick)
  2. Tanpa menggunakan minyak, ambil satu senduk atau dua (ini bergantung kepada ketebalan yang dikehendaki) dan tuangkan ke dalam pan, kemudian nipiskan
  3. Tutup pan sebentar
  4. Apabila ia setengah masak, taburkan bahan taburan dan secubit mentega
  5. Tutup lagi pa tersebut sekejap. Setelah masak, angkatkan apam balik dan lipatkan kepada dua
  6. Sapukan sedikit mentega
  7. Selamat menjamu selera!

Bagi mereka yang tak pernah membuat resipi ini sebelum PKP, adakah anda sudah cuba membuat apam balik sendiri di rumah? Adakan anda lebih prefer apam balik anda gebu atau crispy? Ada tak variasi anda sendiri? Komen dan jangan lupa share!

Craving Apam Balik Pasar Malam? Ini Resipi Apam Balik Yang Gebu Dan Enak Dimakan
Kredit: BreakBird

Baca Lebih Banyak Resepi Terbaik Untuk Anda Cuba :

Artikel Berkaitan

Back to top button