fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik!

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 April 2020
Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik!
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kuih Penyaram Anda Selalu Tidak Menjadi? Cuba Resipi Ini.

Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik! Sejak musim PKP ini, semakin banyak pula resipi yang tular di laman sosial. Tidak ketinggalan juga resipi kuih tradisional. Contohnya seperti kuih penyaram.

Namun, jika anda kurang mahir dengan pembuatan kuih ini, pasti anda mendapati bahawa kuih penyaram anda tidak secantik yang anda pernah lihat di gerai jualan kuih. Resipi serta gorengan yang tidak menjadi menghasilkan kuih penyaram yang leper dan tekstur yang liat.

ADVERTISEMENT

Kalau begitu, apa kata anda cuba resipi kuih penyaram yang viral ini pula. Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Asiah Asong, resipi kuih penyaram yang cantik terbentuk ini adalah resipi asal wanita yang bernama Melissa Mahli. Resipi ini dipanggil sebagai Kuih Penyaram ‘Ngah Apoi’.

Bukan itu sahaja, resipi ini juga menyertakan sekali tips gorengan untuk menghasilkan bentuk kuih penyaram yang cantik.

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

Fuh, dah nampak macam bunga kuihnya!

ADVERTISEMENT

Kuih Penyaram ‘Ngah Apoi’

*anggaran 35 – 45 biji

Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik!
Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik!.
Kredit : Melissa Mahli via FB Asiah Asong

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 kg gula apong
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh air garam (dibancuh)
  • 750 ml air biasa
  • Minyak masak

Cara Membuat Bancuhan

  1. Masukkan 1 kg tepung gandum ke dalam bekas.
  2. Tuangkan air biasa dan air garam secukupnya.
  3. Masukkan serbuk penaik.
  4. Masukkan gula apong.
  5. Gaul sebati hingga keluar buih di permukaan bancuhan tadi.
  6. Tahan/biarkan bancuhan selama beberapa minit. Jika tidak ditahan pun, tidak mengapa.

Tips Menggoreng Kuih Penyaram

  • Sukatan minyak hendaklah tidak terlalu banyak. Pastikan sukatan minyak sederhana atau pun sekadar cukup untuk menterbalikkan sebiji penyaram ketika digoreng.
  • Gunakan batang lidi untuk memusing dan menterbalikkan penyaram.
  • Jika sudah masak, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Cuba Tips Goreng Kuih Penyaram Yang Viral Ini, Confirm Terbentuk Cantik!
Kredit : Melissa Mahli via FB Asiah Asong

Begini lah rupa kuih penyaram yang cantik terbentuk ini. Mudah sangat kan? Selamat mencuba!

ADVERTISEMENT

Cuba resipi kuih lain yang pasti memikat selera anda :

Share891Tweet413SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy