fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
23 April 2020
Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Boleh Buat Dalam Masa 3 Bulan Lepas PKP.

Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP. Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang urusan pendaftaran kelahiran dan kematian di Jabatan Pendaftaran Negara sepanjang musim PKP ini? Bagaimana? Adakah dikenakan penalti kerana lewat mendaftar? Jangan bimbang, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan satu pengumuman yang sedikit sebanyak melegakan anda.

Untuk pengetahuan, Jabatan Pendaftaran Negara telah melanjutkan tempoh pendaftaran kelahiran dan kematian selama 90 hari selepas PKP ditamatkan. Pendaftaran dalam tempoh masa ini juga tidak akan dikenakan bayaran denda atau penalti. Lagi pula, pejabat serta kaunter perkhidmatan bukan asas tidak dibuka sepanjang PKP. Jadi, tiada masalah sekiranya kelonggaran ini telah dibuat oleh pihak JPN.

Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP
Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP

Bagi kes kecemasan seperti gantian MyKad yang hilang dan diperlukan segera untuk urusan perubatan dan perbankan, setiap permohonan yang dikemukakan akan dipertimbangkan oleh pihak JPN terlebih dahulu. Anda dikehendaki menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan untuk semakan dan pertimbangan.

Daftar Kelahiran Dan Kematian Di JPN Dilanjutkan 90 Hari Selepas PKP

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut :

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Talian hotline : 03-8880-7077 / 03-8880-8076

Email : [email protected]

Laman sesawang : https://www.jpn.gov.my/

Bila dah habis PKP nanti, jangan buat-buat lupa pula ya? Tandakan siap-siap dalam kalendar anda atau pasang peringatan bagi memastikan anda tidak terlepas tarikh pendaftaran.

Lagi artikel menarik mengenai MyKad :

Share332Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy