fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Disember 2020
Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali
x

To view this video please enable JavaScript, and consider upgrading to a web browser that supports HTML5 video

Karim Hamzah video
Share on FacebookShare on Twitter

Artis kelahiran Sarawak tersebut terpaksa jalani ujian saringan sebanyak 2 kali untuk masuk ke Sarawak

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali. Seperti yang anda semua sedia maklum, kemasukan ke negeri Sarawak kini masih lagi tertakluk kepada prosedur saringan yang ketat dan proses kuarantin yang memakan masa selama 14 hari (10 hari di pusat kuarantin wajib dan baki 4 hari di rumah sekiranya didapati negatif).

Namun demikian, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah hari ini menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan segelintir petugas Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) yang bertindak memandai-mandai.

Dayang kena swab dan kuarantin lagi walaupun diberikan pelepasan khas masuk Sarawak

Karim menyatakan kekesalan beliau setelah mengetahui bahawa artis kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah terpaksa melalui ujian saringan swab sebanyak 2 kali untuk masuk ke Sarawak walaupun telah diberikan pengecualian.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Dayang Nurfaizah telah diundang untuk melakukan persembahan semasa sambutan Tahun Baharu 2021 yang bakal berlangsung hari Khamis ini di Stadium Perpaduan, Kuching.

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah 'Swab' 2 Kali
Dayang Nurfaizah.
Sumber foto : GoingPlaces Malaysia

Pelepasan khas untuk individu berada di Sarawak tidak lebih 72 jam tak perlu jalani kuarantin – Karim Hamzah

Menurut Karim, seseorang individu yang mempunyai kepentingan khas dan diberikan pengecualian kuarantin di Sarawak dengan syarat mereka berada di negeri tersebut selama 72 jam sahaja dan telah melakukan ujian saringan swab sebelum masuk ke Sarawak. Dayang Nurfaizah dilaporkan terpaksa menjalani ujian saringan swab buat kali kedua sebaik sahaja tiba di Kuching dan dimasukkan ke pusat kuarantin wajib selama 10 hari.

Sebelum ke Sarawak, artis yang popular dengan lagu ‘Lelaki Teragung’ tersebut telah menjalani ujian saringan swab pada 25 Disember (Jumaat) yang lalu. Beliau tiba di Kuching pada Isnin (27 Disember) dan diarahkan untuk menjalani ujian saringan sekali lagi.

“Dia (Dayang) telah pun melakukan ujian saringan. Macam anda boleh dikenakan swab sebanyak 2 kali dalam masa 3 hari? Tapi saya tahu, ada petugas SDMC yang memandai-mandai dalam melaksanakan tugas mereka. Menteri iaitu pengerusi SDMC sudahpun memberikan pelepasan kepada saya tetapi orang yang ‘pandai’ itu cuba untuk menjadi lebih baik daripada menteri,”

Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak

Beliau berkata demikian pada sidang media Countdown 2021 hari ini.

Karim mohon maaf secara peribadi kepada Dayang, Countdown 2021 tetap diadakan tahun ini

Dalam masa yang sama, Karim juga turut memohon maaf secara peribadi kepada Dayang Nurfaizah atas kesulitan yang berlaku memandangkan sebelum ketibaannya ke Sarawak, suatu arahan pengecualian telah diperolehi oleh Karim daripada pengerusi SDMC, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk artis tersebut.

Petikan video sidang media Countdown 2021 Datuk Abdul Karim Hamzah berkenaan isu tersebut hari ini.
Sumber : FB Sarawak Edition

Tidak seperti tahun sebelum ini yang diadakan secara gilang gemilang di Tebingan Kuching, acara Countdown 2021 tahun ini bakal diadakan secara tertutup yang melibatkan hanya 1,000 jemputan yang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan mengikut prosedur SOP.

Acara tersebut akan dirancakkan dengan pelbagai persembahan daripada pemuzik dan artis tempatan. Kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api yang akan dilakukan di luar stadium.

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah 'Swab' 2 Kali
Sumber foto : 360tour.asia

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Baca lagi artikel yang berkaitan :

SUMBER : The Borneo Post
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy