fbpx
Cerita Borneo

Dapat Burger Dan Pizza, Bomba Terharu Usaha Padam Kebakaran Di Kuala Baram Dihargai

Mungkin Ini Contoh Teladan Dari YDP Agong. Syabas!

Dapat Burger Dan Pizza, Bomba Terharu Usaha Padam Kebakaran Di Kuala Baram Dihargai. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kerja-kerja memadam kebakaran adalah tugas hakiki pasukan bomba. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui penat lelah, masa dan tenaga yang telah dicurahkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjaga. Mereka menerima gaji sama seperti pekerja yang lain namun tidak salah jika kita melakukan sedikit kebaikan sebagai tanda terima kasih kan?

Ekoran kebakaran belukar dan ladang yang berlaku di Kuala Baram, Miri beberapa hari yang lalu, pihak bomba dan penyelamat Sarawak Zon 6 telah turun padang untuk melakukan operasi pemadaman kebakaran. Menariknya, sepanjang operasi tersebut, pelbagai pihak telah menghulurkan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada anggota bomba yang bertugas. Sampai ada netizen yang beri pizza dan burger! Wahh!

Sumbangan Dari NGO dan Orang Awam Yang Prihatin

Menerusi postingan FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Negeri Sarawak, mereka menerima sumbangan tersebut daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang ramai yang lalu di kawasan pemadaman. Antara sumbangan yang diterima ialah makanan dan minuman seperti air minuman, biskut, bungkusan makanan, minuman isotonik, dan makanan ringan.

25 Feb 2020 Miri Jutaan terima kasih kepada NGO dan Individu yang tidak putus putus datang menghantar makanan dan…

Posted by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Negeri Sarawak on Tuesday, February 25, 2020

26 Feb 2020 Kuala Baram. Jutaan Terima kasih kpd Petronas dan Pusakabumi yg sudi melawat pasukan Bomba yg masih memadam…

Posted by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Negeri Sarawak on Wednesday, February 26, 2020

27 Februari 2020 Miri Sumbangan datang lagi dan ini membuat kami amat terharu serta menyuntik semangat anggota bomba…

Posted by Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon 6 Negeri Sarawak on Wednesday, February 26, 2020

Terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan, pasukan bomba menzahirkan rasa bersyukur dan menyatakan kebaikan ini hanya dapat dibalas oleh Tuhan dengan ganjaran yang lebih besar.

Dapat Burger Dan Pizza, Bomba Terharu Usaha Padam Kebakaran Di Kuala Baram Dihargai
Dapat Burger Dan Pizza, Bomba Terharu Usaha Padam Kebakaran Di Kuala Baram Dihargai
Dapat Burger Dan Pizza, Bomba Terharu Usaha Padam Kebakaran Di Kuala Baram Dihargai

Dalam masa yang sama, netizen juga meluahkan rasa terima kasih dan lega kepada pasukan bomba yang telah bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan ladang tersebut. Usaha bomba ini juga dilihat sedikit sebanyak mampu meredakan situasi jerebu yang sedang melanda Bandaraya Miri.

Jerebu melanda lagi di Miri? Baca di sini :

Tidak dinafikan, sifat keprihatinan seperti ini adalah tindakan common sense yang patut ada pada setiap rakyat Malaysia. Namun, trendsetter ini mungkin bermula daripada contoh teladan yang ditunjukkan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah beberapa hari yang lalu semasa baginda berkenan mengagihkan sumbangan makanan kepada petugas media di luar istana semasa mendapatkan liputan politik negara.

Jika benar, teruskan usaha murni ini pada masa akan datang. Lagi pun, tak rugi berbuat baik pada orang. Jangan sekadar kerana ia trending dan viral, okay?

Artikel Berkaitan

Back to top button