fbpx
Cerita Borneo

Dapat Markah Matematik Cambridge Tertinggi Di Dunia, Anak Sarawak Ini Harumkan Nama Malaysia

Nang Genius Eh!

Aezzra Marvin Vincent menerima anugerah tersebut semasa Outstanding Cambridge Learner Awards di Holiday Villa Subang Jaya. Kredit : GMI

Dapat Markah Matematik Cambridge Tertinggi Di Dunia, Anak Sarawak Ini Harumkan Nama Malaysia. Matematik susah? Jika anda bertanyakan soalan tersebut kepada pelajar ini, tentu jawapan nya tidak sama sekali. Aezzra Marvin Vincent, seorang pelajar yang berasal dari Sarawak baru-baru ini telah diiktiraf terbaik di dunia dalam subjek Matematik oleh Penilaian Antarabangsa Pendidikan Cambridge. Wow!

Kredit : Giphy.com

Beliau memenangi anugerah berprestij tersebut semasa Outstanding Cambridge Learner Awards apabila mendapat markah yang tertinggi di dunia dalam subjek Matematik dalam Pemeriksaan Penilaian Antarabangsa Cambridge (Advanced Subsidiary Level-AS) Jun 2019.

Dapat Top In The World Daripada 1 Juta Calon Dari Seluruh Dunia! OMG!

Dapat Markah Matematik Cambridge Tertinggi Di Dunia, Anak Sarawak Ini Harumkan Nama Malaysia
Dapat Markah Matematik Cambridge Tertinggi Di Dunia, Anak Sarawak Ini Harumkan Nama Malaysia. Aezzra bersama ahli keluarga. Kredit : GMI

Untuk anda yang tidak tahu, Cambridge Examination ini diduduki oleh lebih 1 juta pelajar dari 10,000 buah sekolah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, China, India, Singapura, serta negara-negara lain di benua Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Sebanyak 192 calon Malaysia telah mendapat pengiktirafan semasa anugerah tersebut dan Aezzra merupakan salah seorang daripada 39 orang penerima anugerah Top In The World untuk Cambridge International AS Level Maths. Bayangkan dapat jadi Top In The World. Siapa tak bangga!

Dapat Markah Matematik Cambridge Tertinggi Di Dunia, Anak Sarawak Ini Harumkan Nama Malaysia
Sijil anugerah milik Aezzra Marvin Vincent. Kredit : GMI

Tips Terer Maths? Buat Latihan Banyak-Banyak

Aezzra yang kini menyambung pengajian dalam Program Persediaan Level-A Jerman di German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor, mengakui bahawa subjek Matematik merupakan subjek kegemarannya sejak kecil. Tambahnya lagi, minat beliau terhadap subjek tersebut dipupuk oleh kedua ibu bapanya.

Kredit : Tenor.com

Selain itu, Aezzra juga banyak membuat latihan supaya apa yang dipelajarinya di dalam kelas lebih mudah difahami.

Buat masa ini, beliau baru sahaja menghabiskan pengajian di peringkat A-Level dan sedang mempelajari Bahasa Jerman. Untuk peringkat selanjutnya, beliau bercadang untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia di Jerman.

Berasal dari Serian, Aezzra merupakan seorang anak Sarawak yang berbangsa Bidayuh. Beliau pernah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Lobang Batu, Serian. Untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pula, beliau mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 10A+ semasa menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching. Nang pandey!

Aezzra juga berpesan kepada anak-anak muda di Sarawak agar tidak gentar untuk menguasai matapelajaran Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik (STEM). Dengar ya, adik-adik.

Semoga pencapaian Aezzra ini memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, gaiss.

Jangan lupa like dan share post ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button