fbpx
Cerita Borneo

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur

Tidak pernah mengeluh sebelum ini, tetapi part makanan sudah melampau

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur. Seorang wanita yang sedang kuarantin di sebuah hotel tempatan di Kuala Lumpur kongsikan kekecewaannya terhadap hidangan makanan yang tidak memuaskan.

Ciapan yang dikongsi olehnya menerusi Twitter disertakan dengan beberapa keping gambar menunjukkan makanan yang jelasnya tidak menyelerakan.

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur

Merupakan seorang pegawai kerajaan yang telah balik dari Korea Selatan

Wanita berkenaan, yang dikenali sebagai @zierali dalam Twitter, kongsikan pengalamannya semasa menjalani kuarantin di sebuah hotel tempatan di Kuala Lumpur.

Beliau sudah berada di hotel tersebut selama 4 hari semasa penulisan dan jelaskan beliau kembali ke Malaysia dari Korea Selatan.

Menurut beliau, beliau mempunyai kesukaran untuk menjangka bila makanannya akan dihidangkan pada hari kedua beliau kuarantin. Hal ini kerana pihak pengurus hotel tersebut berkata kepada beliau makanan tengah hari akan dihidangkan mulai pukul 12:00PM manakala makan malam akan dihidangkan mulai 6:30PM.

Namun, makanan tengah hari beliau masih belum dihidangkan menjelang pukul 2:30PM.

“Saya tidak tahu berapa kali saya mengintip pintu untuk memeriksa makanan saya,” katanya.

Tibanya masa untuk makan malam, beliau sudah kelaparan dan memanggil reception pada pukul 7:40PM untuk bersoal adakah makanannya akan dihidangkan lewat; jika ia lewat, beliau boleh sahaja tempah makanan dari room service.

Namun, receptionist berkenaan berkata dapur hotel sudah tutup kerana sibuk mengendali makanan PUS. Beliau turut bersoal dimanakah makanannya dan dijawab makanan tersebut sedang dihantar kepadanya dan beliau hanya dapat makanannya setengah jam kemudian.

Terpaksa makan perlahan-lahan agar tidak kelaparan sementara menunggu makanan seterusnya dihidangkan

Pada hari ketiga beliau kuarantin, beliau sudah dapat anggarkan masa makanannya dihidangkan. Oleh itu, beliau terpaksa makan hidangannya dengan perlahan-lahan untuk mengelak diri kelaparan sementara tunggu makanan seterusnya dihidangkan.

Beliau sehingga memutuskan untuk menghabiskan semua makanannya walaupun rasanya tidak enak. Hal ini kerana beliau mengenang betapa rindunya dengan makanan Malaysia.

Pada keesokan harinya, beliau kongsikan makanan yang dihidangkan kepadanya iaitu nasi lemak yang hanya berlauk oren dengan sambal. Yang lebih sedih, nasi terbabit tidak masak sepenuhnya.

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Kredit: Twitter

Beliau cerita lagi ketika mengambil suap pertama, beliau menangis dan rasa kecewa dengan layanan yang diberi kepadanya sehingga beliau memanggil receptionist untuk bersoal adakah makanan itu sahaja yang diberi kepadanya.

Setelah beberapa minit kemudian, semangkuk kari yang diisi telur dan timun diberi kepadanya. Beliau cuba dengan sedaya upaya habiskan makanan tersebut sambil menangis kerana beliau hanya inginkan makanan yang sekurang-kurangnya baik.

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Kari yang diberi kepadanya. Kredit: Twitter

Walaupun cadar tilam kotor dan bilik mandi berkulat, beliau tidak pernah mengeluh

Beliau tambah lagi, walaupun bilik mandinya berkulat, cadar tilamnya kotor, dan plug bilik tidak berfungsi, beliau tidak pernah mengeluh.

“Saya masih boleh bertahan dengan semua perkara ini. Saya cuba sedaya upaya untuk bertahan dengan semua ini dan layanan yang diberi kepada saya. Tetapi saya rasa saya tidak berhak untuk diberi makanan seperti ini, lagi-lagi saya yang membayar semua ini.

Kami bukan semua dari Kayangan. Saya pergi ke Seoul untuk negara saya. Saya pergi untuk belajar dan apa yang saya boleh buat untuk memperbaiki bandar saya. Dan saya suka bagaimana rakan pegawai kerajaan saya layan saya di pintu masuk lapangan terbang, membantu saya dengan 2 bagasi tambahan saya yang besar,” ujarnya.

Namun, beliau kecewa dengan hotel berkenaan, yang sepatutnya menjadi tempat utama di mana keramahan sebenar Malaysia dilayan. Beliau menyedari industri perhotelan kini mengalami kesukaran tetapi ini adalah peluang untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa mereka harus datang lagi.

“Malangnya hotel ini, saya tidak akan pernah terfikir untuk mengadakan percutian, atau latihan atau persidangan di tempat seperti ini. Maaf, sebahagian besar PUS yang lain telah menghantar e-mel aduan kepada NADMA, saya akan mengikuti juga. Dengan Kementerian Pelancongan juga. Saya terlalu malu dengan perkara ini. Mengecewakan,” katanya lagi.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan ada juga menghulurkan kata-kata positif kepada beliau.

Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur

Setelah bebenang tersebut tular, beliau kini diberi makanan yang lebih baik

Beliau update balik setelah luahan beliau tular dalam media sosial, dimana beliau bersama PUS yang lain kini diberi makanan yang lebih baik dan lebih awal daripada biasa.

Nasib baik luahan beliau dipertimbangkan. Tak dapat pula bayangkan makan nasi setengah masak dengan sambal sahaja selama 2 minggu, lagi-lagi jika kita sendiri yang bayarkan jadi semestinya kita ada expectations yang lebih bagus kan?

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button