fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Kedung BK Oleh Kedung BK
22 Januari 2021
Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Terpaksa bina pondok demi anak-anak mengikuti kelas dalam talian

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak. Dilaporkan seorang ayah dari Kampung Gana, Papar, terpaksa membina sebuah pondok sementara dengan hanya menggunakan buluh demi anak-anaknya mengikuti kelas dalam talian.

Sesi persekolahan sudah dimulakan dan dilakukan dalam talian, namun capaian internet yang terhad memberi kesukaran kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

ADVERTISEMENT
Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Kawasan terletak sekitar 8 minit berjalan kaki dari rumah

Menurut laporan, ayah tersebut iaitu Jeffery Joseph, berusia 41 tahun, pondok berkenaan terletak sekitar 8 minit berjalan kaki dari rumah mereka di Kampung Gana.

Kawasan ini merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai capaian internet.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Jeffery menyatakan bahawa sebelum ini tiada masalah untuk mengakses internet untuk pembelajaran kelas dalam talian kerana mereka tinggal di sebuah apartment di bandar. Namun, anak-anaknya tidak dapat tahan berada di dalam apartment semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Oleh itu, mereka memutuskan untuk membawa mereka kembali ke kampung untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan dan akan memperpanjang masa tinggal mereka di sana akibat pelaksanaan PKP yang baru.

ADVERTISEMENT

Kanak-kanak Jeffery dilaporkan berusia 8, 9 dan 12 tahun dan bersekolah di SJK (C) Anglo Chinese di Kota Kinabalu.

Beliau akan menemani anak-anaknya semasa mereka menjalani kelas dalam talian

Pada waktu pagi, Jeffery akan membawa komputer dan tablet ke sebuah bukit bersama anak-anaknya untuk kelas dalam talian.

Pondok sementara tersebut dibina oleh beliau dan adiknya dengan mengunakan buluh dari sekitar bukit. Kini, atap pondok tersebut sedang dibina.

Pondok berkenaan buat masa ini hanya mempunyai kerusi dan meja tetapi jika ia hujan, ia menyukarkan keadaan kerana pondok tersebut belum ada bumbung. Selain itu, mereka sering digigit nyamuk.

Pondok tersebut belum mempunyai bumbung tetapi sedang dibina. Kredit: NST

Jeffery, yang juga merupakan seorang guru, mengulas mengenai murid-muridnya di SK Buayan (sebuah sekolah di pedalaman), mengatakan bahawa guru sekolah menyediakan bahan pembelajaran bercetak mingguan untuk mereka.

Ibu bapa 38 pelajar dari sekolah itu diminta untuk mengambilkan bahan tersebut dari pos pengawal keselamatan sekolah kerana capaian internet sangat terhad. Namun, mereka tetap berhubung dengan murid melalui kumpulan WhatsApp.

Lagi di sini:

SUMBER : NEW STRAITS TIMES
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy