fbpx
Cerita Borneo

Demi Capaian Internet Untuk Peperiksaan, Pelajar Sabah Ini Sanggup Duduk Atas Pokok Selama 24 Jam

Realiti Kebanyakan Pelajar Pedalaman

Demi Capaian Internet Untuk Peperiksaan, Pelajar Sabah Ini Sanggup Duduk Atas Pokok Selama 24 Jam. Kadang-kadang kita layap dengan keistimewaan kita dengan adanya teknologi dan capaian internet yang sempurna, namun, kita pun kadang-kadang mengabaikan mereka yang tidak menikmati keistimewaan sebegini.

Semenjak penutupan sekolah dan IPT awal tahun ini, semua pelajar di Malaysia terpaksa beralih ke pembelajaran lalui talian untuk meneruskan sesi pelajaran mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang bagus, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk melaksanakan sesi pembelajaran serta menduduki peperiksaan.

Seorang pelajar asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin mengkongsikan pengalamannya tinggal di kawasan luar bandar (pedalaman) di Sabah dengan memulakan saluran Youtube sebulan lepas, iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Salah satu pengalaman yang dikongsinya adalah ketika beliau menduduki peperiksaan – dimana beliau terpaksa duduk atas pokok demi mendapatkan capaian internet yang cukup untuk menduduki peperiksaannya.

Demi Capaian Internet Untuk Peperiksaan, Pelajar Sabah Ini Sanggup Duduk Atas Pokok Selama 24 Jam

Tidak Mahu Ketinggalan

Pada mulanya, Veveonah hendak melakukan peperiksaannya di sebuah pondok beliau bina beberapa minggu sebelum itu atas sebuah bukit untuk mendapatkan capaian Internet yang bagus. Namun, setelah mendapati pondok tersebut telah runtuh sebahagian (akibat tempias angin ribut dan hujan beberapa hari sebelum itu), beliau terpaksa menduduki peperiksaannya atas sebuah pokok sebagai inisiatif seterusnya.

Dilengkap dengan sebuah telefon bimbit, powerbank, sebotol air mineral, makanan, kelambu dan kemudahan untuk membantunya menduduki peperiksaan, bermulalah tempoh 24 jam beliau luangkan atas pokok terbabit.

Veveonah sendiri membina kelabu ini di atas pokok agar boleh menduduki peperiksaannya. Kredit: Youtube Veveonah Mosibin

Pengalaman Yang Tidak Senang

Meskipun peperiksaannya berjalan dengan baik, pengalaman beliau duduk di atas pokok itu tidak senang. Menurut penceritaannya dalam video ini, beliau berdepan dengan seekor tebuan besar (Asian Murder Hornet) apabila tebuan terbabit berjaya masuk ke dalam kelambu beliau. Beliau juga berkata beliau tidak tidur dengan aman akibat kesejukan dan bunyi-bunyi aneh di sekelilingnya.

Seekor tebuan berjaya masuk ke dalam kelambu beliau. Kredit: Youtube Veveonah Mosibin

Walaupun menghadapi situasi yang mencabarkan, Veveonah tidak mengeluh dan mengekalkan semangat.

Video-videonya juga mendedahkan beliau bekerja setiap hari di kebun keluarganya sebagai pendapatan sampingan dan untuk membantu beli barang dapur. Beliau juga berkata mereka sekeluarga akan tidur setelah matahari benam, iaitu sekitar pukul 7pm, agar menjimatkan lilin kerana mereka tidak mempunyai bekalan elektrik di rumah mereka.

Walaupun ternyata beliau bukan dari keluarga yang senang, inisiatif, semangat dan dedikasi beliau untuk pelajaran beliau adalah sebuah aksi yang harus diteladankan.

Semoga beliau dan mereka yang senasib dengannya dipermudahkan urusan dan semoga nasib mereka diperbaiki. Ia memangnya sedih jika kenang kembali nasib mereka yang tidak dapat menikmati keistimewaan yang dinikmati oleh orang bandar iaitu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan capaian internet yang bagus. Diharapkan pihak yang berkenaan akan ambil tindakan untuk membantu mereka yang terjejas teruk agar mereka pun boleh menikmati kemudahan asas sebegini seperti orang lain di bandar.

Pelajar dari pedalaman Sarawak ini turut sanggup berduduk di bawah matahari terik atas jalan demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan:

Sekolah akan dibuka mulai 24 Jun, murid kelas peperiksaan akan terlibat:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close