fbpx
Cerita Borneo

Demi Pastikan Suami Setia, Wanita Ini Langgar SOP Ketika Mengikuti Suami Ke Kelab Hiburan

Nak pastikan suami tidak curang sekali lagi…

Demi Pastikan Suami Setia, Wanita Ini Langgar SOP Ketika Mengikuti Suami Ke Kelab Hiburan. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan beberapa individu yang tak bertanggungjawab seperti pelanggan mahupun pemilik premis tak mematuhi SOP dari segi tiada penjagaan jarak sosial dan pembukaan premis yang belum dibenarkan. Malah, pihak berkuasa telah mula mengeluarkan saman berat tetapi masih terdapat segelintir individu yang degil.

Seorang wanita dan suaminya dilaporkan antara 27 individu ditahan pihak polis ketika serbuan dilakukan di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi dengan kesalahan ingkar PKPP. Tetapi yang mendasyatkan adalah wanita berkenaan mendakwa dia hanya pergi ke kelab atas sebab nak pastikan suaminya tak curang.

Demi Pastikan Suami Setia, Wanita Ini Langgar SOP Ketika Mengikuti Suami Ke Kelab Hiburan

Ibu kepada 4 anak lelaki

Menurut laporan, wanita terbabit, iaitu ibu kepada 4 anak lelaki berusia antara 4 – 16 tahun, berkata dia sanggup pergi ke kelab untuk temankan suaminya kerana tak percayakan dia sejak mengetahui suaminya mempunyai teman wanita di kelab tersebut.

“Saya sudah menemani dia minum minuman keras sehingga mabuk sebanyak 3 kali. Saya sendiri tak minum tapi saya nak rasai sendiri suasana di pusat hiburan ini,” kata wanita tersebut dalam laporan.

Wanita itu kemudian berkata ketika mengetahui suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya, dia sanggup menemani suaminya walaupun tahu kesalahan yang dilakukannya itu.

“Suami saya tak pernah minum arak sebelum ini tetapi kini dia kerap juga. Mungkin dia ada masalah di tempat kerja tetapi saya tak pernah tanya dia. Hanya Allah yang tahu perasaan saya tapi nak buat macam mana saya terpaksa,” ujarnya lagi.

Wanita tersebut dakwa dia hanya mengikuti suaminya kerana tak percaya suaminya akan setia ketika di kelab hiburan. Kredit: Harian Metro

Anak-anak menyangka ibu bapa bekerja

Wanita itu berkata dia dan suaminya menumpang kereta rakan suaminya ketika pulang ke rumah. Anak-anak mereka pula menyangka mereka pergi bekerja.

Dilaporkan juga 6 daripada individu yang ditangkap didapati positif metamfetamin dan ganja. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana tidak mematuhi PKPP dan masing-masing dikenakan saman RM1,000 seorang.

Mereka juga didapati melakukan kesalahan sesuai dengan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.

Well, wanita mana tak akan rasa curiga kan kalau suami pergi kelab hiburan selepas kantoi curang.

Lagi di sini:

Sumber
Harian MetroAstro AWANI

Artikel Berkaitan

Back to top button