fbpx
Cerita Borneo

Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang ‘Posting’ Kerja Ke Sabah Sarawak

Berdasarkan Pengalaman Sebenar 14 Tahun Hidup Di Bumi Kenyalang

Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang 'Posting' Kerja Ke Sabah Sarawak
Kredit : FB Mohd Nassru

Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang ‘Posting’ Kerja Ke Sabah Sarawak. Adakah anda seorang rakyat Semenanjung yang ditawarkan penempatan kerja ke Sabah dan Sarawak? Pasti ramai yang mula berasa kecewa dan sedih kerana tempat kerja yang jauh dari keluarga serta orang tersayang. Apatah lagi satu-satunya pengangkutan utama yang digunakan ialah kapal terbang yang kadang kala harga tambangnya tidak menentu.

Jika anda terjumpa artikel ini semasa mencari info tentang ‘posting kerja ke sabah dan sarawak’, ya! Anda telah menjumpai satu panduan yang sangat berguna untuk anda hidup tenang di seberang Laut China Selatan ini.

Satu perkongsian di laman FB oleh pengguna yang bernama Mohd Nassru telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi nasihat yang padu kepada mereka yang ditawarkan penempatan kerja ke Sabah dan Sarawak.

Kenapa takut posting ke Sarawak Sabah? Minggu ni, saya dpt banyak mesej dr kawan2 yg ditawarkan jadi Guru Intrim ke…

Posted by Mohd Nassru on Saturday, February 8, 2020

Perkongsian ini telah mendapat sebanyak 1.4K shares serta 3.7K tanda sukaan sejak ia mula diterbitkan pada 8 Januari yang lalu.

Menurut Mohd Nassru, nasihat ini ditujukan kepada individu yang masih berasa khuatir dan ragu-ragu ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, ia adalah berdasarkan pengalaman hidupnya selama 14 tahun menetap di Miri, Sarawak.

Mari kita baca skill ‘survival’ daripada beliau.

1. Tanamkan Rasa Bersyukur Ditawarkan Jawatan Gred 41

“Beruntungnya anda masih ditawarkan jawatan berGred 41. Tau atau tidak, perjawatan sekarang sedang dikecilkan. Kejat, bukan sajat! Jawatan yg juga di trade off. Saya yg pernah naik turun SPA, JPA, MOF untuk byk urusan perjawatan bila berkhidmat di Putrajaya. Ia sgt sukar. Pergi lah, rebut lah jawatan!”

2. Berkawan Seramai Mungkin

“Carilah kawan seramai mungkin. Saya merindui saudara mara di Miri. Sungguh, kenalan itulah pengubat rindu pada keluarga nanti. I miss Kampung Luak, Masjid Luak…”

3. Sila Jujur Jika Telah Berpunya

“Kalau single, jujur lah single! Kalau dah berjanji, pegang lah janji dengan si dia sebelum anda ke Sarawak Sabah. Ingat, di Sarawak “Sulu Bajiek Amai” (perempuan sangat cantik). Di Sabah, “Sumandak” (panggilan untuk anak dara) tidak kurang nya!”

4. Libatkan Diri Dengan Masyarakat

“Libatkan diri dalam masyarakat. Kenali siapa imam kawasan, kenali geng masjid. Bukan semua org ke masjid itu baik, tetapi masjid lah tempat berkumpul orang baik2”

5. Usah Berlagak Atau Buat-Buat Pandai

“Jangan tunjuk pandai, jangan berlagak pandai. Jangan buat2 pandai dooo… tapi, pandai2 lah di tempat orang”

6. Selesaikan Segala Ansuran (Jika Ada) Guna Elaun Seberang Laut

“Habiskan ansuran kereta dengan elaun yg tinggi. Ya, Sarawak Sabah elaun nya besar. 17.5% elaun seberang laut! Habiskan ansuran kereta dulu! Bila anda dpt balik ke Semenanjung selepas habis hutang kereta. Anda akan bebas!”

7. Mohon Pindah Selepas Naik Gred

“Apa kata selepas gred naik, baru mintak pindah? Kalau balik semenanjung, gred 41. Ibarat macam fresh grad la… Berlambak org senior kt sekolah tu. Tu tak termasuk lagi yg perasan diva. Sekolah kan…”

8. Hormati Adat

“Hormati lah adat mereka. Dulu, saya belajar bagaimana org Iban dalam tempoh berkabung. Ada kain hitam di lengan baju. Saya belajar bagaimana adat2 berbagai kaum. Hormati lah mereka, anda akan di hormati”

9. Pelajari Bahasa Ibunda Setempat

“Belajar lah bahasa ibunda mereka. “Nama berita?” apa khabar dalam Bahasa Iban. “Inau dengah ka au?” apa khabar dalam bahasa Melanau. “Seh, debeh, telau” 1,2,3 dalam dialek Miriek.. Best belajar banyak bahasa…”

10. Jangan Takut Pada Agama Dan Kepercayaan Lain

“Jangan takut agama dan kepercayaan lain. Hormati mereka. Jiran saya berbagai bangsa, agama, dan keturunan. Masih ingat, jemputan Krismas di rumah kaban Shalina Engka. Sungguh, mereka menempah katering yang halal. Mereka faham. Mereka juga ada saudara-mara yg memeluk Islam. Tidak salah kita juga memahami sesama kita”

11. Ambil Kesempatan Meneroka Tempat Orang

“Ambik peluang mengenali tempat org. Saya pernah ke Mulu Sarawak. Rupanya, org Sarawak pun belum pernah ke Mulu. Cantik tempat tu. Untuk rekod, satu2 nya surau di Mulu berhampiran airport tu, adalah usaha bersama dulu”

Surau Al-Hidayah, Mulu. Kredit : FB Jaafar Hj Jawawi

Menerusi postingan tersebut juga, Mohd Nassru turut mengenakan sepasang baju burung masyarakat Iban serta rantai manik kaum Kelabit. Difahamkan, pakaian dan aksesori tradisi tersebut merupakan pemberian rakan-rakan ketika beliau masih bertugas di sebuah sekolah rendah di Miri.

Tambahnya lagi, persalinan tersebut hanyalah sebahagian daripada adat suku kaum di Sarawak dan tiada kena mengena dengan ritual keagamaan. Malahan, prinsip “tiada beza antara warna kulit” merupakan resepi utama untuk mendapatkan kehidupan yang damai di Malaysia Timur.

Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang 'Posting' Kerja Ke Sabah Sarawak
Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang ‘Posting’ Kerja Ke Sabah Sarawak. Kredit : FB Paul Dillon

Pesannya, jangan fikir banyak-banyak. Tekan butang ‘Saya Setuju Terima Tawaran’ dan selamat datang ke Sabah dan Sarawak!

Artikel Berkaitan

Back to top button