fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti

iloveborneo Oleh iloveborneo
13 Februari 2021
DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti
Share on FacebookShare on Twitter

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu posting di Facebook beliau semalam

DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia semalam memaklumkan bahawa setakat ini masih tidak dapat dipastikan asal usul varian SARS-CoV2 di Sarawak walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7% strain yang serupa sejak April tahun lalu.

DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti
DG Hisham : Asal Usul 2 Varian COVID19 Di Sarawak Masih Belum Dikenalpasti

Berdasarkan laporan yang diterima dari pihak UNIMAS, terdapat dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160.

Berikut pula adalah tambahan maklumat dari pihak IMR berkenaan laporan tersebut berdasarkan kajian dari data GISAID.

1) Varian B.1.160.3 telah diubah nama kepada B.1.470. Varian ini didominasi oleh varian dari Indonesia sejak April tahun 2020 dengan prevalen 67.6% (76/108) iaitu dari 108 bilangan full genome sequences varian ini yang didaftarkan di GISAID, 76 adalah dari Indonesia. Negara lain yang turut melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2%; 11/108), Jepun (12.0%; 13/108) dan minoriti di Taiwan and Hong Kong. Varian ini mempunyai mutasi D614G yang kini biasa ditemui pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

2) Varian B.1.160 merupakan varian yang lazim ditemui di negara Europah sejak Julai 2020 bermula dari negara France (11.2%) dan kini didominasi oleh Denmark (28.0%), Switzerland (15.4%) dan UK ( 17.2%). Varian ini mempunyai mutasi spike D614G dan S477N.

Tetapi varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 di mana hampir 89.9 % distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK. Buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa varian B.1.160/B.1.470 dari Sarawak ini mempunyai tahap infektiviti atau virulens yang lebih tinggi.

Dari kajian genomic sequencing di Semenanjung, strain yang serupa masih belum ditemui.

Baca Juga Artikel Lain :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy