fbpx
Cerita Borneo

DG Hisham Dilapor Antara ‘Wajah Paling Dipercayai’ Di Dunia

Sebaris Dr. Anthony Fauci Dan Dr. Ashley Bloomfield.

DG Hisham Dilapor Antara ‘Wajah Paling Dipercayai’ Di Dunia. Sebelum krisis pandemik ini melanda negara dan dunia, nama-nama ini jarang sekali kita dengar. Apatah lagi untuk mengetahui latar belakang serta tugas rasmi mereka.

Namun, individu ini dilihat telah memberi kekuatan kepada masyarakatnya untuk terus bertenang dan percaya kepada perkembangan semasa yang disampaikan. Bahkan, mereka ini telah menjadi tumpuan dunia atas kredibiliti dan kepimpinan mengendalikan situasi semasa yang getir ini.

Ini termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

DG Hisham Dilapor Antara 'Wajah Paling Dipercayai' Di Dunia
DG Hisham Dilapor Antara ‘Wajah Paling Dipercayai’ Di Dunia

Siapa yang tidak mengenali figura ini di Malaysia? Sejak pandemik ini mula menular di Malaysia, wajahnya tidak lekang dari kaca televisyen bagi memberikan perkembangan terkini tentang COVID-19.

Sebuah media antarabangsa dari China, CGTN, mengiktiraf DG Hisham sebagai ‘wajah paling dipercayai’ sebaris dengan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-Tiga Tokoh Ini Berjaya Pastikan Rakyat Kekal Tenang Dengan Fakta Meyakinkan

Walau pun ada masanya pihak kerajaan mengeluarkan arahan yang mengelirukan serta bertindak lambat, kehadiran ketiga-tiga individu ini dengan tangkas memastikan masyarakat kekal tenang dengan menyampaikan fakta yang meyakinkan.

DG Hisham Dilapor Antara 'Wajah Paling Dipercayai' Di Dunia
Dari kiri : Fauci, DG Hisham dan Bloomfield.

Lapor berita tersebut, ketiga-tiga individu ini tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan politik tetapi berjaya muncul sebagai individu paling dipercayai atas ketelusan dan kecekapan menyampaikan maklumat dan saranan kesihatan kepada orang awam. Ia sekaligus berjaya menenangkan masyarakat di kala negara masing-masing berdepan situasi sukar.

Digelar ‘Buah Hati’, ‘Bintang Rock’ Dan ‘Hero Negara’

Dua bulan yang lepas, mungkin hanya staf di kementerian sahaja yang mengenali ketiga-tiga individu ini. Namun, kepercayaan masyarakat terhadap tiga figura ini mula meningkat menyebabkan mereka disebut-sebut, malah ada yang menggelar mereka sebagai ‘buah hati’, ‘bintang rock’ dan ‘hero negara’ di laman sosial.

Datuk Dr. Noor Hisham dilihat tanpa henti mengemas kini status di laman sosial medianya; Facebook dan Twitter berkenaan perkembangan terkini setiap hari. Malah, kemas kini hantaran di media sosial beliau kadang kalanya sehingga waktu lewat malam bagi memastikan rakyat sentiasa mengetahui perkembangan terkini yang sahih.

DG Hisham Dilapor Antara 'Wajah Paling Dipercayai' Di Dunia

Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai penampilan yang sederhana dan menyenangkan dengan mengenakan sepasang jaket hitam berlogo KKM setiap hari semasa sidang media KKM. Setiap pertanyaan dan penjelasan yang diberikan pasti akan dijawab dengan tenang, tepat dan profesional.

Dr. Noor Hisham telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sejak tahun 2013 dan turut bertugas sebagai perunding kanan serta pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

Fauci Dan Bloomfield Individu Paling Pakar Di Negara Masing-Masing

Dalam laporan yang sama, Dr. Anthony Fauci turut diiktiraf sebagai wajah paling dipercayai oleh penduduk Amerika Syarikat kerana telah bertugas selama 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu yang lalu serta melayani sesi temubual oleh stesen televisyen di Amerika. Beliau merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) sejak 1984 dan pernah menjadi penasihat perubatan kepada 6 orang presiden Amerika. Beliau turut bekerja keras memerangi HIV/AIDS, Zika dan Ebola.

DG Hisham Dilapor Antara 'Wajah Paling Dipercayai' Di Dunia

Dr. Ashley Bloomfield pula merupakan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand. Beliau sebelum ini bertugas di United Kingdom dan New Zealand serta pernah menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva. Menurut penduduk New Zealand, penampilan Bloomfield sebagai seorang penjawat awam yang kompeten dan berdedikasi adalah sesuatu yang sangat diperlukan masyarakat pada ketika ini.

DG Hisham Dilapor Antara 'Wajah Paling Dipercayai' Di Dunia

Malah, perkhabaran Bloomfield mengambil cuti sehari turut menjadi tajuk utama berita pada bulan lalu dengan paparan “Bloomfield Akhirnya Mengambil Cuti Sehari”.

Apa-apa pun, jangan berputus asa dan teruskan berjuang! Terima kasih!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close