fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Diacu Parang di Leher, Kumpulan Berbasikal Ini Hadapi Detik Cemas di Kuching

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 Oktober 2019
Diacu Parang di Leher, Kumpulan Berbasikal Ini Hadapi Detik Cemas di Kuching
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hasrat Konvoi Berbasikal Bersama Rakan Tergendala Gara-Gara Lelaki Berparang

Bandaraya Kuching merupakan sebuah bandaraya yang indah, bersih dan damai. Namun, masih terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan di waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti berfaedah bersama rakan dan keluarga.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook, Leslie Foo, berkongsi detik cemas beliau dan beberapa lagi rakannya apabila diserang seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah parang ketika mereka menunggu rakan yang lain untuk berbasikal bersama.

ADVERTISEMENT
Diacu Parang di Leher, Kumpulan Berbasikal Ini Hadapi Detik Cemas di Kuching
Tayar basikal dipancitkan oleh lelaki berparang. Kredit : Facebook Leslie Foo

Diacu Parang di Leher, Mangsa Didesak Serahkan Basikal

Menurut Foo, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.20 pagi pada 27 Oktober 2019 (Ahad) apabila beliau dan beberapa orang rakan yang lain menunggu dua orang lagi rakan mereka untuk berbasikal di perhentian bas seberang bangunan Hock Seng Lee di Jalan Pending. Namun, sebuah motorsikal berhenti tidak jauh dari situ dan seorang lelaki turun dari motorsikal tersebut dengan membawa parang dan memakai helmet gelap.

Seorang rakan mereka tiba-tiba dihendap dan diacukan parang dengan mendesak agar menyerahkan basikal. Lelaki tersebut didakwa bertindak agresif apabila mangsa tidak mahu menyerahkan basikal dan mengacukan parang tersebut kepada rakan terdekat mangsa. Rakan terdekat mangsa akhirnya menyerahkan basikalnya bagi mengelakkan pergelutan lanjut dengan lelaki tersebut.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Lelaki Berparang Bertindak Memancitkan Tayar Basikal yang Dilarikan

Sementara itu, dua orang rakan Foo yang pada asalnya ingin menyertai konvoi bersama Foo dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan berusaha untuk menjejak semula lelaki yang melarikan basikal salah seorang rakan mereka. Mereka menemui lelaki berparang tersebut melalui Jambatan Sallehudin dan segera mengejar. Lelaki tersebut berjaya ditahan oleh namun berlaku sedikit pergaduhan sehingga menyebabkan lelaki tersebut bertindak memancitkan tayar basikal sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motorsikal.

ADVERTISEMENT

Tiada Laporan Polis Dibuat

Walau bagaimana pun, menurut Foo, tiada laporan polis dibuat setakat ini memandangkan mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang lelaki berparang berkenaan kerana individu terbabit memakai helmet gelap.

Rata-Rata Netizen Menasihatkan Agar Laporan Polis Dibuat

Postingan yang telah mendapat 51 perkongsian tersebut mendapat respon daripada para netizen yang berpendapat agar laporan polis dibuat dengan segera bagi memudahkan pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan terbabit. Tambahan pula, kawasan tersebut merupakan kawasan yang gelap dan sunyi terutamanya pada waktu subuh dan tengah malam.

ADVERTISEMENT

Apa pendapat anda tentang tahap keselamatan di Kuching? Adakah anda pernah mengalami situasi sebegini? Kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen dan jangan lupa like dan share untuk kesedaran bersama.

Share724Tweet45SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy