fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Didakwa Tidak Menduduki Peperiksaan, Veveonah Luah Perasaan Kecewa Menerusi Facebook

Kedung BK Oleh Kedung BK
4 September 2020
Didakwa Tidak Menduduki Peperiksaan, Veveonah Luah Perasaan Kecewa Menerusi Facebook
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Menteri berkenaan sudah bermohon maaf

Didakwa Tidak Menduduki Peperiksaan, Veveonah Luah Perasaan Kecewa Menerusi Facebook. Semalam, nama Veveonah tular sekali lagi apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa kisah gadis tersebut yang terpaksa panjat pokok demi menduduki peperiksaan adalah palsu dan hanya sekadar untuk menaikkan nama sendiri.

Menteri berkenaan membuat dakwaan ini ketika di Dewan Negara pada Khamis dan telah bermohon maaf atas alasan “maklumat kurang tepat.”

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, apa yang telah dibuat ternyata mengguris hati Veveonah. Malah, beliau sendiri meluah perasaan kecewanya menerusi Facebook.

Didakwa Tidak Menduduki Peperiksaan, Veveonah Luah Perasaan Kecewa Menerusi Facebook

“Secara jujurnya, saya rasa sedih dan kecewa dengan perkara ini,” – Veveonah

Menerusi Facebook, Veveonah meluah perasaannya terhadap perkara tersebut.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Honestly, I felt really sad and disappointed with this. I really work hard for my online examination for the last few…

Posted by Veveonah Mosibin on Thursday, September 3, 2020

“Secara jujurnya, saya rasa sedih dan kecewa dengan perkara ini. Saya betul-betul bekerja keras untuk peperiksaan dalam talian saya selama beberapa bulan. Dan saya tak sangka saya akan jadi tular. Kali ini, saya tular sekali lagi tetapi dengan kesan buruk. Saya tidak tahu bagaimana nak menangani komen-komen negatif dan buruk di media sosial. Ia sangat menyakitkan.

Saya akan maafkan semua kesilapan orang buat terhadap saya, tapi saya rasa saya masih perlu buat penyataan adil untuk diri saya sendiri.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. (Keluarga, rakan-rakan, pensyarah dan peminat).”

Kesian Veveonah! Bayangkan beliau benar-benar berusaha untuk menduduki peperiksaan beliau dan didakwa hanya mahu menaikkan nama sendiri. (Jika ya pun dakwaan tersebut adalah ‘betul’, perkara yang harus dilihat adalah kekurangan capaian internet di kawasan pedalaman, bukan individu terbabit. Sepatutnya yang harus diberi perhatian adalah masalahnya, kemudian berbincang bagaimana masalah tersebut dapat diselesaikan)

Walaupun menteri tersebut sudah bermohon maaf, semoga insiden ini menjadi pengajaran kepada semua orang.

ADVERTISEMENT

Jika anda masih was-was dengan berita, jangan sesuka hati buat dakwaan. Kita tidak tahu perkataan yang keluar dari mulut kita bakal membawa kesan negatif terhadap orang lain.

Sebelum anda mengeluarkan kenyataan, pastikan ia dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.

Semalam, Veveonah tular sekali lagi apabila seorang menteri mendakwa Veveonah tidak menduduki peperiksaan seperti dipaparkan dalam video 24 hours on a tree challenge beliau:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy