fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan

Kedung BK Oleh Kedung BK
21 Julai 2020
Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Bergantung dengan situasi pandemik

Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan. Terkini, dilaporkan harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal menjelang November ini, kepada harga purata pada tahun 2019. Perkara ini susulan syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), perkara tersebut akan bergantung kepada situasi pandemik.

ADVERTISEMENT
Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan
Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan

Akan mengambil masa

Tambahnya lagi, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara 18 bulan bagi sektor domestik, manakala untuk sektor antarabangsa ia akan mengambil masa tiga tahun untuk pulih sepenuhnya akibat terjejas dengan pandemik.

“Menurut syarikat penerbangan, walaupun kerajaan telah memutuskan mengecualikan arahan jarakan sosial di dalam pesawat, tiket penerbangan tidak semestinya akan turun dengan serta merta,” katanya lagi.

Hal ini kerana syarikat penerbangan perlu memastikan terdapat permintaan berterusan dan stabil agar mengembalikan harga tambang ke tahap normal seperti sebelum pandemik.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Difahamkan juga pihak mereka telah mengarahkan MAVCOM untuk melaksanan pemantauan pengenaan kadar tambang yang dikenakan syarikat penerbangan secara berterusan dan mengadakan sesi libat urus agar memastikan harga tambang yang ditetapkan adalah kompetitif.

ADVERTISEMENT
Dijangka Kembali Normal Menjelang November, Harga Tiket Penerbangan Akan Diturunkan
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara 18 bulan bagi sektor domestik dan 3 tahun untuk sektor antarabangsa untuk pulih. Kredit: The Star

Pemantauan menunjukkan trend penurunan

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh MAVCOM sepanjang tempoh antara 2 Jun hingga 8 Julai yang lepas, ia didapati harga tambang penerbangan terutama dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak menunjukkan trend penurunan berbanding pada Mei lepas.

MAVCOM mendapati harga tambang telah menunjukkan kestabilan dan hampir sama harga purata yang ditawarkan pada tahun lepas.

ADVERTISEMENT

Beliau memberi contoh harga tiket bagi laluan Kuala Lumpur ke Kuching untuk sehala ialah antara RM200 hingga RM400, jika dibandingkan dengan harga yang telah dikenakan pada bulan Jun 2020 iaitu melebih RM1,000.

Sebanyak 169,728 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 dan membabitkan tiga syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines (MAS), Malindo dan AirAsia.

Sebanyak 4.316 juta penumpang terjejas. Angka tersebut merupakan jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga syarikat penerbangan berkenaan.

Sabar dahulu, ya. Faham-faham sekarang pun masih dalam fasa pemulihan untuk syarikat penerbangan. Harap-harap menjelang bulan November yang akan datang, harga tiket penerbangan akan kembali normal dan tidak terlalu mahal, agar yang terjejas boleh kembali ke daerah/stesen masing-masing.

Pada masa yang sama, pastikan anda mengamalkan kebersihan yang rapi dan sentiasa guna pelita muka sekiranya anda berada di luar serta patuhi SOP yang ditetapkan.

Lagi disini:

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy