fbpx
Cerita Borneo

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod

Pianis Asal Sarawak Lancar Album di Singapura, Terus Naik Level Grammy Uolls!

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod

Ahli muzik dan peminat muzik tentunya tahu tentang Anugerah GRAMMY iaitu anugerah paling berprestij yang memberi pengiktirafan kepada individu yang berada dalam industri muzik dunia. Namun, apa yang paling mengejutkan ialah gadis yang berasal dari Sarawak ini dijangka tercalon untuk kategori Best Contemporary Instrumental Album, Anugerah GRAMMY ke 62 yang akan diadakan di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat, Wow!

Pianis yang juga merupakan artis antarabangsa asal Sarawak, Jolynn J Chin tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan terharu beliau atas jemputan pencalonan anugerah tersebut untuk album terbarunya, Beyond Classical. Jolynn membawakan konsep pop jazz dalam instrumental piano yang dimainkan dengan pengaruh elemen Maksim, Havasi, dan Peter Bence.

Beyond Classical, Album Kerjasama Dengan Jurutera Bunyi untuk Nirvana, Red Hot Chilli Peppers

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod
Jolyyn bersama penerbit muzik Grammy, Roger Montejano.

Album Beyond Classical yang tercalon untuk anugerah GRAMMY ini sebenarnya mendapat sentuhan daripada orang-orang hebat dalam industri muzik dunia. Untuk penghasilan album ini, Jolynn telah bekerjasama dengan penerbit muzik dan juga ahli GRAMMY Recording Academy, Roger Montejano. Lagi best, elemen muzik Jolynn juga turut mendapat suntikan ajaib daripada Mike Couzzi dan Howie Weinberg. Untuk pengetahuan anda, Mike dan Howie pernah bekerjasama dengan artis terkenal dunia seperti Nirvana, Red Hot Chilli Peppers dan Metallica. Fuh, maknanya album Jolynn ini memang up to another level wei!

Pencapaian Antarabangsa Jolynn Memang Awesome!

Dijangka Tercalon Anugerah GRAMMY, Gadis Sarawak Pecah Rekod

Kalau anda masih belum mengenali Jolynn J Chin, gadis Sarawak ini menghubungi syarikat rakaman Singapura, Lion Studios Singapore pada tahun 2016 untuk mencapai impiannya menjadi seorang pemain piano. Seawal usia 5 tahun, beliau telah belajar bermain piano di bawah tutor orang-orang hebat. Antaranya ialah Dr. Nicholas Ong, graduan The Juiliard School, Andrew Brownell, juara J.N. Hummel Competition dan Li Ming Qiang, pemenang Chopin International Competition. Beliau juga pernah memenangi pingat emas dalam Asia International Piano Academy Festival Competition.

Wahh. Jom kita sama-sama support dengan like dan share post ini supaya kita dapat tengok artis pertama Malaysia dapat memenangi anugerah GRAMMY.

Artikel Berkaitan

Back to top button