fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Januari 2021
Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah berkurung ini dilanjutkan sehingga 14 Februari 2021.

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan. Jika anda berada di sekitar kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran, ini mungkin berita penting untuk anda.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengumumkan pelanjutan Perintah Berkurung yang sepatutnya berakhir esok di kawasan perairan tujuh daerah yang berada dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sehingga 14 Februari ini.

Dilarang menghampiri atau berada di kawasan perairan bermula jam 6 petang hingga 6 pagi

Dengan pelaksanaan Perintah Berkurung tersebut, orang ramai yang tinggal di kawasan itu dilarang untuk menghampiri atau berada di kawasan yang diisytiharkan bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan
Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Menurut Hazani, perintah tersebut adalah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin daripada ancaman pengganas yang dikhuatiri menceroboh perairan.

Bukan itu sahaja, perintah berkurung ini juga bertujuan untuk menjaga keamanan rakyat Sabah sama ada pengguna perairan dan mereka yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan yang melakukan penculikan masih cuba menceroboh perairan

Jelasnya lagi, terdapat sumber yang mengatakan bahawa kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih lagi aktif dan cuba untuk menceroboh kawasan ESSZone. Jenayah yang dilakukan mereka tidak terhad kepada aktiviti penculikan tetapi juga jenayah rentas sempadan yang lain.

Dilarang Keluar Dari Jam 6 Petang Hingga 6 Pagi, Perintah Berkurung ESSZone Sabah Dilanjutkan

Perintah Berkurung yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk memudahkan urusan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot. Dengan ini, para nelayan serta pengusaha pusat peranginan boleh merasa selamat dan yakin dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Patuhi perintah ini bagi memastikan keselamatan anda. Jaga diri.

Baca juga peristiwa lain yang berlaku di Sabah :

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy