fbpx
Cerita Borneo

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini

Kenyataan Ini Dikeluarkan Oleh Majlis Islam Sarawak Semalam

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan berpuasa, Hari Raya disambut untuk menandakan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan dan menyucikan diri dari melakukan perkara-perkara yang negatif.

Walau bagaimanapun, akibat pandemik serta PKPB yang harus kita hadapi pada tahun ini, sambutan Hari Raya juga dilakukan dengan sederhana. Tidak kiralah sama ada bersama ahli keluarga terdekat atau individu serumah sahaja.

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini

Oleh yang demikian, Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara yang perlu dipatuhi sepanjang sambutan Hari Raya semasa PKPB tahun ini.

Antaranya ialah;

1. Setiap keluarga digalakkan untuk melaungkan takbir raya di rumah masing-masing. Ini kerana takbir raya merupakan syiar Islam yang disunatkan untuk dilakukan bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan dan berpanjangan sehingga bermulanya solat hari raya.

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini
Kredit : Unit Media MBMB

2. Takbir hari raya dari rumah ke rumah pada malam hari raya adalah tidak dibenarkan.

3. Melaksanakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di rumah masing-masing sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini

4. Jika Solat Sunat Aidilfitri dilakukan secara berjemaah, sunat dibacakan dua khutbah selepas solat. Panduan Ringkas Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah dan teks khutbah akan dikeluarkan oleh Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak.

5. Amalan menziarahi kubur adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB. Sebaliknya, amalan ini boleh diganti dengan bacaan Yassin, tahlil dan doa di rumah masing-masing.

Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini
Dilarang Ziarah Kubur, Ini Perkara Yang Dituntut Untuk Raya Di Sarawak Tahun Ini

Syawal Yang Penuh Rasa Keinsafan, Kesyukuran dan Keberkatan.

Menerusi kenyataan tersebut juga, Majlis Islam Sarawak turut menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah sunat di rumah bersama keluarga dan terus istiqomah dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyambut hari kemenangan Syawal pada tahun ini secara bersederhana. Walau pun tidak meriah seperti biasa, namun Syawal tahun ini pastinya memberi rasa keinsafan, serta disambut dalam suasana penuh kesyukuran dan keberkatan.

Sempena raya tahun ini, patuhi juga SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN dan KKM ini ;

Selain itu, Majlis Islam Sarawak juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Solat Sunat Aidilfitri masih dilarang dilaksanakan di Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button