fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
17 April 2020
Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tak Sangka Responnya Sangat Padu!

Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham. Dua hari yang lalu, hangat diperkatakan oleh media antarabangsa China tentang karakter menonjol tiga individu paling dipercayai di dunia pada saat ini. Tanpa diduga, nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah turut tersenarai sebaris dengan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealands.

Media antarabangsa China, CGTN, lapor DG Hisham sebagai ‘wajah paling dipercayai’ di dunia. Baca selanjutnya di sini :

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, semasa sidang media harian KKM yang berlangsung petang semalam, DG Hisham telah memberikan respon yang padu sekaligus menyentuh hati banyak pihak apabila diminta mengulas tentang pujian yang diberikan oleh media antarabangsa tersebut.

Menerusi ciapan di laman sosial Twitter, seorang pengguna Twitter @pamellalah yang juga merupakan seorang wartawan telah memuat naik petikan video ulasan tentang pengiktirafan yang diterima beliau.

ArtikelBerkaitan

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

TERKINI: Sarawak Setuju Buka Semula Kemasukan Pekerja Asing Berkuatkuasa 1 Mac

ADVERTISEMENT

"The recognition is not for me but for 🇲🇾" – @DGHisham.

Not taking any credit, he says MOH works as a team to advise the PM. Dr Hisham thanked all ministries and ministers for their cooperation in carrying out the MCO, as well as all the frontliners 👏 https://t.co/PUDSVBUtSy pic.twitter.com/GfHPXeL29E

— Pamella (@pamellalah) April 16, 2020

“Pengiktirafan Ini Bukan Untuk Saya, Tetapi Untuk Negara”

Menerusi petikan video sidang media tersebut, DG Hisham menjelaskan bahawa pengiktirafan tersebut bukanlah untuk dirinya tetapi sebaliknya untuk negara. Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia bergerak sebagai sebuah pasukan yang sentiasa memberi nasihat.

DG Hisham turut memberitahu bahawa beliau tidak membuat sebarang keputusan untuk negara tetapi sebaliknya tanggungjawab tersebut telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pihaknya hanya menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dan segala keputusan bergantung kepada hemat Perdana Menteri.

Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kementerian di Malaysia atas kerjasama menguatkuasakan PKP sepanjang negara dilanda pandemik ini. Sikap rendah diri pakar bedah endokrin ini juga terserlah apabila beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan seperti anggota polis, askar, serta seluruh anggota kesihatan.

ADVERTISEMENT

Tidak Letak Kredit Langsung Pada Diri Sendiri – Netizen

Rata-rata netizen berasa sangat terharu dan tersentuh dengan respon padu DG Hisham terhadap pengiktirafan tersebut. Malah, beliau dilihat tidak meletakkan sebarang kredit ke atas dirinya walau pun menunjukkan kredibiliti yang cemerlang mengendalikan situasi pandemik di Malaysia.

Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Kredit : Shukery Azizan via FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Kredit : Shukery Azizan via FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Kredit : Shukery Azizan via FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Dipuji Sebagai Pengarah Kesihatan Terbaik Dunia, Ini Respon Padu DG Hisham
Kredit : Shukery Azizan via FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana dikurniakan individu yang tepat dan benar di kala kita dilanda kesukaran ini.

Apa-apa pun, semoga DG Hisham serta semua yang terlibat terus berjuang sehingga suatu hari kelak Malaysia bebas dari pandemik ini.

Syabas dan tahniah!

Share420Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy