fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad

Kedung BK Oleh Kedung BK
25 Jun 2020
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Terpegun Lihat Cardi B Makan Karipap, Tapi Dengan Nama Yang Berlainan.

Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad. Beberapa hari lepas, Cardi B tular dalam media sosial di rantau ini apabila beberapa video dimuat naik olehnya dalam Instagram stories menunjukkan dia sedang memasak what is believed to be karipap, popiah, bihun goreng dan bubur pedas.

Pengguna Twitter ini yang memuat naik beberapa keping tangkap layar video-video Cardi B tersebut menjadi viral di Twitter dan netizen tertanya-tanya sama ada adakah dia berada di Malaysia atau di negara-negara jiran kita? The answer? Nope, not at all!

Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad

“Tengah Meeting Dengan Kementerian Mana Ni?”

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh @ZeSpoooky yang telah dikongsi sebanyak 18k semasa penulisan ini mendorong rasa ingin tahu di mana Cardi B berada pada masa itu.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Cardi B makan bihun PIBG, karipap and popiah goreng?

Cardi B tengah meeting dengan kementerian mana ni? 😂 https://t.co/1qVlaAiocw

— Ze (@ZeSpoooky) June 21, 2020

Namun, setelah membuat penyelidikan, rupa-rupanya makanan tersebut adalah antara makanan tradisi Trinidad dan Republik Dominika. Ibu bapa Cardi B berasal dari Trinidad dan Republik Dominika, jadi tidak hairanlah kalau Cardi B pandai masak makanan tradisi negara-negara tersebut.

Sebagai perbandingan, kalau di sini, pai kecil yang terdiri daripada kari dengan ayam dan kentang dalam tempurung goreng digelar sebagai ‘karipap’ manakala di Trinidad ia digelar sebagai aloo (pai potato).

Aloo (Trinidad) dan Karipap (Malaysia dan negara-negara jiran)

Manakala, sup yang dimasak oleh Cardi B yang rupa macam bubur pedas digelar sebagai ‘sancocho de siete carnes‘ atau ‘Seven Meat Stew’ – antara makanan tradisional Republik Dominika.

Seperti bubur pedas yang terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti sayur, kentang, cili, lada dan sebagainya, seven meat stew pula terdiri daripada pelbagai ramuan. Kebiasaannya, 7 jenis daging akan diguna dan pelbagai jenis ramuan akan diguna seperti sayur, lada, jagung dan sebagainya.

Kalau di Sarawak, bubur pedas akan dihidang semasa bulan Ramadan untuk berbuka puasa, manakala seven meat stew pula dihidang semasa perayaan istimewa.

Seven meat stew (kiri) yang ditunjuk oleh Cardi B dalam Instagram storiesnya kalau dipandang sekali memang rupa macam bubur pedas. Of course, kalau dipandang dua kali boleh lah nampak perbezaannya.

Untuk menjawab bihun goreng dan popiah yang ditayangkan di videonya, Cardi B dedahkan makanan tersebut adalah makanan Filipino dan disediakan oleh adiknya. Adiknya dibesarkan oleh ibu saudara mentuanya yang berbangsa Filipino.

Ia tidak mustahil jika makanan yang kita biasa nampak terdapat di negara-negara lain, lagi-lagi negara yang berpulau. Perdagangan dan penghijrahan selama beratu-ratus tahun dapat mewujudkan budaya kita terjalin tanpa menyedarinya (pembawaan budaya ke tempat lain dan vise versa).

Yang menjadikan setiap masakan unik adalah bagaimana setiap budaya memberikan kelainan terhadapnya. Jadi, walaupun nampak sama, perisanya memang tentu ada kelainannya.

After all, food unites us all!

Winnie The Pooh Reaction GIF
Kredit: Giphy

Lagi disini:

Share71Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy