fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
19 Januari 2021
Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau
Share on FacebookShare on Twitter

Mayat remaja lelaki yang hilang ketika memancing di sungai ditemui penduduk kampung dalam mulut seekor buaya.

Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau. Mayat remaja lelaki yang hilang ketika memancing di sungai pada Isnin semalam, ditemui penduduk kampung dalam mulut seekor buaya pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian di Kuala Tatau Bintulu, pada Selasa hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat, mayat Arffanirul Abdullah, 14, dijumpai tiga penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira pukul 1:00 pagi.

Mayat ditemui dalam keadaan tangan kanan putus, manakala kaki kiri patah akibat serangan buaya.

Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau
Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau

Tubuh mangsa dalam rahang buaya

Menurut Jankey Jikat, tiga penduduk kampung ternampak mata buaya pada jarak 1.5 meter di dalam air dan terlihat tubuh mangsa dalam rahang buaya pada sekitar pukul 12:20 malam.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

“Reptilia ganas itu kemudiannya bertindak melepaskan mayat mangsa apabila menyedari akan kehadiran tiga lelaki terbabit,” katanya sambil menambah, penduduk kampung terbabit terus menarik mayat mangsa ke dalam perahu untuk dibawa ke kampung.

Disyaki Dibaham Buaya, Mayat Remaja Lelaki Ditemui Di Sungai Tatau

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu. Pada petang Isnin, mangsa bersama-sama dua lagi rakannya sedang memancing di tebingan Kuala Tatau.

Mata kail pancing yang digunakan mangsa tersangkut dalam sungai sebelum mangsa bertindak menyelam ke dalam air bagi mendapatkan semula mata kailnya itu. Kemudian, dua rakannya terlihat gelembung air keluar ke permukaan sungai dan percaya Arffanirul telah dibaham buaya semasa menyelam.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Lagi di sini:

SUMBER : Utusan Borneo
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy