fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ditegur Untuk Pakai Pelitup Muka Di Balai Polis, Lelaki Ini Kemudian Memaki Polis

Kedung BK Oleh Kedung BK
9 Oktober 2020
Ditegur Untuk Pakai Pelitup Muka Di Balai Polis, Lelaki Ini Kemudian Memaki Polis
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Nang cari nahas nya tok…

Ditegur Untuk Pakai Pelitup Muka Di Balai Polis, Lelaki Ini Kemudian Memaki Polis. Walaupun kebanyakan orang mematuhi SOP seperti mengguna pelitup muka ketika di luar, seorang lelaki di Kedah membuat disebaliknya.

Sudah lah tak menggunakan pelitup muka ketika hendak membuat laporan di balai polis, lelaki ini tidak menghirau teguran anggota polis dan kemudian memaki polis tersebut.

ADVERTISEMENT
Ditegur Untuk Pakai Pelitup Muka Di Balai Polis, Lelaki Ini Kemudian Memaki Polis

Memaki dan mencabar polis

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada 9:15 pagi apabila lelaki terbabit datang ke balai untuk membuat laporan tetapi tidak menggunakan pelitup muka.

Lelaki berkenaan, berusia 51 tahun, ditegur oleh anggota polis untuk memakainya tetapi lelaki itu memarahi mereka dengan suara tinggi.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, lelaki itu masuk balai tanpa menghiraukan teguran dan kemudian mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai provokasi.

ADVERTISEMENT

“Suspek dinasihatkan sekali lagi agar memadam gambar itu tetapi suspek berkeras tidah mahu memadamnya,” katanya.

Lelaki itu kemudian membali beg galasnya sambil mencarut serta mencabar anggota polis balai untuk menangkapnya jika mereka berani. Kejadian tersebut disaksikan oleh anggota pejabat di balai itu.

Kejadian berlaku di salah satu balai polis di Kedah.

Bertindak secara fizikal

Yang mengeruhkan keadaan, lelaki berkenaan bertindak fizikal dengan menolak badan pengadu menggunakan tanggannya. Anggota polis terbabit berjaya menangkap suspek dengan menggari tangan suspek dibantu anggota lain.

ADVERTISEMENT

Namun, pergelutan antara anggota dan suspek berlaku apabila tangkapan dilakukan.

Ia dikatakan suspek adalah seorang penganggur menetap di Lunas dan mempunyai tiga rekod jenayah sebelum ini. Turut dirampas adalah telefon bimbit dan beg galas untuk disiasat.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit atas kesalahan menggunakan kekesaran jenayah, berkelakuan tak senonoh di balai polis dan ingkar arahan SOP iaitu tidak menggunakan pelitup muka.

Lagi di sini:

Source: Harian Metro
Share74Tweet46SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy