fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Januari 2020
Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tinggal Selangkah Lagi Untuk Genggam Trofi Oscars!

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars
Dari kiri : Cheyenne, Bruce Frank Jr. dan Poh Si Teng.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars. Anugerah Oscars atau Academy Awards sememangnya anugerah paling berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh penggiat seni filem dan dokumentari di seluruh dunia. Mana tidaknya, rata-rata pemenang anugerah ini sememangnya penggiat seni yang sangat cemerlang sama ada dari segi lakonan, sinematografi mahu pun skor muzik. Namun, berita yang paling membanggakan ialah salah sebuah dokumentari yang layak sebagai calon akhir adalah terbitan seorang gadis Sarawak. OMG!

Dokumentari pendek yang bertajuk ‘St. Louis Superman’ diterbitkan oleh Cheyenne Tan bersama seorang lagi anak Malaysia, Poh Si Teng. Dokumentari pendek berdurasi 25 minit tersebut mengisahkan tentang perjalanan hidup Bruce Frank Jr. , seorang battle rapper yang juga merupakan seorang wakil rakyat St. Louis, Missouri. Bruce yang berusia 34 tahun harus berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah berhadapan dengan mental trauma serta cabaran politik.

ADVERTISEMENT
Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars

Cheyenne Tan merupakan seorang penerbit dokumentari dan pembikin filem yang bertapak di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau berasal dari Kuching, Sarawak dan merupakan bekas penuntut SMK St. Mary, Kuching.

Setelah menamatkan persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran ke Nilai University dalam jurusan Liberal Arts program American Degree Transfer. Cheyenne menamatkan pengajiannya dalam bidang Sinema dan Televisyen di Columbia College – Hollywood dan bergraduat dengan gelaran Magna Cum Laude (with great distinction). Wow!

Untuk pengetahuan anda, dokumentari terbitan Cheyenne ini dicalonkan sebagai calon akhir Oscars untuk kategori Documentary Short Subject bersama 9 calon yang lain iaitu ‘After Maria’, ‘Fire in Paradise’, ‘Ghosts of Sugar Land’, ‘In The Absence’, ‘Learning to Skateboard in a Warzone (If You’re a Girl)’, ‘Life Overtakes Me’, ‘The Nightcrawlers’, ‘Stay Close’ dan ‘Walk Run Cha-Cha’.

ArtikelBerkaitan

7 Idea Barangan Besar Yang Anda Boleh Beli Guna Kaedah Baru Sea Shipping Di Shopee

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

ADVERTISEMENT

Cheyenne Tan sebelum ini pernah menerbitkan sebuah dokumentari bertajuk ‘Dharavi’. Dokumentari ini mengisahkan tentang krew hip-hop India yang berasal dari sebuah kawasan penempatan yang sangat padat dan didiami oleh rakyat yang miskin. Bermula daripada dokumentari sebelumnya yang bertajuk ‘Rasa Sayang’ dan ‘Starting From Scratch’, gadis Sarawak ini menunjukkan kematangan dalam setiap karya yang dihasilkan. Maka, tidak hairan lah jika karya nya mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Dalam laman web rasmi Cheyenne, beliau masih berbangga dengan Kuching sebagai tempat asalnya walau pun kini bertapak dan membina kerjaya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars
Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Terpilih Sebagai Calon Akhir Anugerah Oscars
Krew produksi ‘St. Louis Superman’.

Selamat maju jaya buat Cheyenne dan seluruh krew ‘St. Louis Superman’.

ADVERTISEMENT
Share1412Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy