fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Dr Amalina Bakri Sertai Team Saintis Dalam Mencari Vaksin COVID-19

Kedung BK Oleh Kedung BK
24 April 2020
Dr. Amalina Bakri Menyertai Team Saintis Dalam Mencari Vaksin COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia’s Own Surgeon Joins The Cause!

Dr Amalina Bakri Sertai Team Saintis Dalam Mencari Vaksin COVID-19. Terkini, dilaporkan Dr. Amalina, yang kini menetap di United Kingdom, adalah salah seorang anggota Pasukan Vaksin Imperial COVID-19 (UK) dan akan bertanggungjawab memilih sukarelawan dan memvaksinasi mereka dalam projek bernilai berjuta-juta pound.

Dedah melalui Twitter

Menurut sebuah Tweet yang dimuat naik oleh beliau dalam aplikasi Twitter pada 22 April 2020, beliau berkata,

“Ujian vaksin pertama di UK telah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Saya terlibat dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memvaksinasi mereka dalam beberapa minggu yang akan datang.”

Kerajaan UK telah memperuntukkan dana sebanyak GBP22.5 juta (RM121 juta) untuk menyokong penyelidikan Imperial College. Menurut Dr. Amalina, University of Oxford juga terlibat dalam ujian vaksin namun Profesor Robin Shattock dari Imperial College sedang mengusahakan vaksin yang berlainan.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Pada masa ini, terdapat dua calon yang bakal menerima vaksin terbabit,” tambah beliau lagi.

Percubaan manusia pertama di UK

Menurut laman web Imperial College, kerajaan UK juga memberikan tambahan GBP20 juta (RM107 juta) kepada University of Oxford untuk ujian vaksin. Setiausaha kesihatan UK, Matt Hancock berkata ini adalah percubaan manusia pertama di UK dan telah dimulai pada 23 April 2020.

“Kami akan sentiasa memberikan dua pasukan vaksin UK terkemuka di Oxford dan Imperial semua sokongan yang mereka perlukan untuk mewujudkannya.”

NEWS: The first human trials for vaccines begin in the UK on Thursday. We’re giving the 2 leading UK vaccine teams at Oxford & Imperial all the support they need to make it happen pic.twitter.com/VGVwqyNpJ2

— Matt Hancock (@MattHancock) April 21, 2020

Terima kasih kepada Dr. Amalina dan pasukan beliau kerana masih berdiri tegak sebagai frontliner sampai sekarang. Semoga pasukan mereka berjaya dan dipermudahkan segala urusan.

Dr Amalina Bakri Sertai Team Saintis Dalam Mencari Vaksin COVID-19
Dr Amalina Bakri Sertai Team Saintis Dalam Mencari Vaksin COVID-19 | Kredit: Giphy

Baca Lagi Artikel Lain :

Share29922Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy