fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Mei 2020
Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Berkulat
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kulat mula bertumbuh di permukaan kerusi

Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat. Baru-baru ini tular dalam media sosial beberapa keping gambar menunjukkan produk leather di sebuah kedai berkulat.

Dengan suasana yang lembap dan peredaran udara yang tidak betul, kulat juga mula tumbuh di permukaan lain. Rupa-rupanya, kerusi di panggung wayang pun tidak terhindar.

ADVERTISEMENT
Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat

Lokasi belum dikenalpasti

Beberapa keping gambar dimuatnaik oleh pengguna Facebook ini menunjukkan kerusi di panggung wayang berkulat setelah beberapa bulan panggung wayang ditutup semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kebanyakan kerusi di panggung wayang ini telah berkulat setelah lama tidak diguna. Kredit: Facebook Chong Andy

Pada setakat ini, lokasi panggung wayang terbabit tidak dinyatakan tetapi menurut China Press, beberapa netizen mempercayai panggung wayang ini terletak di Ipoh, Perak.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Kulat yang membahayakan kesihatan

Menurut environix, dalam kebanyakan kes, kulat pada perabot disebabkan oleh kombinasi kelembapan berlebihan dan dinding luar yang kurang penebat. Apabila perabot tepat ke dinding exterior, aliran udara akan terhalang dan pemeluwapan dapat terbentuk. Kondensasi ini mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan kulat.

ADVERTISEMENT

Kes ini dipercayai terjadi kepada kerusi-kerusi panggung wayang terbabit. Well, semua kerusi sia rapat dan rapat ke dinding gik. Seperti yang dipercayai dengan kes produk leather berkulat itu, sistem kawalan iklim bangunan tersebut mungkin ditutup oleh pihak pengurusan setelah PKP dilaksanakan, tambah lagi dengan tiada penjagaan rapi dan tidak diguna, lalu terjadinya tumbuhan kulat pada permukaan kerusi-kerusi terbabit.

Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat
Kulat yang ditinggalkan lama-lama akan membawa kesan terhadap kesihatan. Kredit: Wikipedia

Namun, kulat mempunyai kesan yang negatif terhadap kesihatan manusia. Menurut The Conversation, menghirup serpihan kulat atau spora dapat inflame saluran udara, menyebabkan kesesakan hidung, sesak dada, batuk dan kerengsaan tekak. Pendedahan yang berpanjangan kepada tahap kelembapan dalaman yang tinggi dapat mengurangkan fungsi paru-paru dan menyebabkan masalah kesihatan kronik seperti asma. Mereka yang mengalami asma dan alahan cenderung akan mengalami gejala yang lebih teruk apabila terdedah.

ADVERTISEMENT

Sekarang perniagaan mula dibuka semula, diharapkan pemilik kedai akan melihat masalah serius ini dan menyingkirkan semua tanda-tanda kulat sebelum menerima pelanggan kembali ke premis mereka. Sekiranya anda melihat kulat di permukaan perabot atau produk, maklumkan kepada pemilik premis mengenainya.

Baca Juga Artikel Lain Berkaitan :

Share12073Tweet275SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy