fbpx
Cerita Borneo

Ekonomi Digital Dan Kelestarian Persekitaran Pembangun Ekonomi Sarawak Pasca COVID-19

Sarawak kini dalam perancangan untuk membangunkan kembali ekonomi pasca COVID-19

Ekonomi Digital Dan Kelestarian Persekitaran Pembangun Ekonomi Sarawak Pasca COVID-19. Sarawak telah menyemak kembali strategi pembangunan di bawah Pelan Malaysia Ke-12 bagi membangunkan kembali ekonomi pasca COVID-19 yang memberi impak mendalam terhadap ekonomi dunia.

Berdasarkan perancangan, pada tahun 2030 nanti sektor ekonomi utama akan dibangunkan secara penuh dengan dua prinsip utama iaitu :
1. Ekonomi Digital
2. Kelestarian Persekitaran

Ekonomi Digital Dan Kelestarian Persekitaran Pembangun Ekonomi Sarawak Pasca COVID-19
Ekonomi Digital Dan Kelestarian Persekitaran Kunci Pembangun Ekonomi Sarawak Pasca COVID-19

6 Teraju Untuk Strategi Pembangunan Ekonomi Pasca COVID-19

Berdasarkan 2 prinsip utama pembangunan ekonomi tersebut, 6 teraju utama ekonomi akan dipergiatkan. Sektor tersebut adalah

1. Pusat Data dan inovasi
2. Tenaga boleh diperbaharui
3. Perlombongan
4. Pembuatan
5. Servis
6. Pelancongan
7. Penanaman hutan komersil

Sistem pendidikan dan modal insan yang sejajar dengan masa depan juga diyakini dapat membantu kita beradaptasi kepada perubahan landskap industri di Sarawak. Inovasi berterusan adalah sangat penting dalam mengekalkan perkembangan ekonomi kita.

Penubuhan Sarawak Economic Action Council

Kerajaan Sarawak juga akan menubuhkan Sarawak Economic Action Council bagi membantu dalam menghasilkan pelan tindakan bagi mencapai agenda baru ekonomi Sarawak.

Badan bertindak ini juga akan mengkaji pendapat pemain industri, golongan professional dan juga ahli akademik yang akan diserahkan kepada kerajaan pada bulan September 2020.

Muat Turun Teks Siaran Media Khas YAB Ketua Menteri Sarawak di : sini

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close