fbpx
Cerita Borneo

Elak Berkunjung Ramai-Ramai, PDRM Bakal Buat Rondaan Ke Rumah Semasa Hari Raya Aidil Adha

Hanya 20 orang sahaja di dalam rumah bagi satu-satu masa.

Elak Berkunjung Ramai-Ramai, PDRM Bakal Buat Rondaan Ke Rumah Semasa Hari Raya Aidil Adha. Dah ada pelan nak menziarahi sanak-saudara? Atau merancang nak buat rumah terbuka semasa Hari Raya Korban ini? Tunggu dulu.

Memandangkan peningkatan semula kes COVID-19 di Malaysia, sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha bermula telah diperketatkan semula. Berdasarkan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, hanya 20 orang sahaja dibenarkan berada di sebuah rumah untuk satu-satu masa.

Ini termasuklah anggota keluarga yang sedia ada di rumah tersebut.

Elak Berkunjung Ramai-Ramai, PDRM Bakal Buat Rondaan Ke Rumah Semasa Hari Raya Aidil Adha
Elak Berkunjung Ramai-Ramai, PDRM Bakal Buat Rondaan Ke Rumah Semasa Hari Raya Aidil Adha
Sumber : BERNAMA

Pihak polis turut ronda ke rumah seperti Hari Raya Aidilfitri

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa rondaan akan dilakukan oleh pihak polis dari rumah ke rumah bagi memastikan SOP ini sentiasa dipatuhi oleh orang awam.

Antara aktiviti lain yang tidak dibenarkan semasa perayaan Hari Raya Aidil Adha adalah seperti rumah terbuka, kenduri, sajian makanan buffet, ziarah kubur, takbir dari rumah ke rumah serta bersalaman dan bersentuhan.

Elak lakukan aktiviti jika sukar kawal jumlah orang

Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti sekiranya sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa, kemungkinan terdedah kepada titisan, sukar mengawal perilaku atau berada dalam kawasan yang sama atau rapat dalam masa yang panjang.

Elak Berkunjung Ramai-Ramai, PDRM Bakal Buat Rondaan Ke Rumah Semasa Hari Raya Aidil Adha
Kredit foto : Hari Anggara

Dalam pada masa yang sama, jika anda berhajat untuk meluangkan masa bersama keluarga anda di rumah, pastikan anda memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, mengelakkan 3C iaitu bersesak (crowded), ruang rapat/tertutup (confined) dan perbualan jarak dekat (close conversation).

Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitiser dengan kerap serta memastikan setiap individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.

Hati-hati semasa menyambut perayaan, jaga diri dan keselamatan anda. Jangan sampai kena kompaun pula!

Ini pula padah apabila melakukan aktiviti barbeku semasa musim pandemik :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close