fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri

Kedung BK Oleh Kedung BK
24 April 2020
Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Demi menyelamatkan diri

Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri. Terkini, dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menumbuk mata seekor buaya demi menyelamatkan diri. Insiden yang berlaku di Sungai Imam, Kampung Bombalai, Tawau baru-baru ini berlaku pada pukul 3 petang ketika mangsa turun ke sungai untuk mengalihkan sebuah perahu.

Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri
Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri

Berjaya melepaskan diri daripada dibaham reptilia tersebut

Difahamkan mangsa terbabit diserang ketika mengalihkan perahu yang digunakan oleh bapa saudaranya untuk menangkap ikan. Tiba-tiba mangsa ditarik ke dalam sungai oleh buaya sebaik berada di dalam air.

ADVERTISEMENT

Mangsa dikatakan bergelut dan berusaha untuk melepaskan diri selain menumbuk badan dan mata buaya tersebut. Akibat tumbukan tersebut, buaya terbabit melepaskan gigitannya sebelum mangsa diselamatkan ahli keluarganya yang beradai di lokasi kejadian. Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, sebaik mengetahui kejadian itu, beliau bergegas membawa mangsa ke Hospital Tawau.

“Akibat gigitan buaya itu, paha kanannya terkoyak. Mangsa berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Mengenai insiden tersebut, Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Sailun Arismengesahkan insiden berkenaan.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

“Berikutan kejadian itu, kita gerakkan sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian pagi ini untuk meninjau sebelum memasang perangkap. Kes ini adalah yang pertama kali membabitkan serangan buaya ke atas penduduk di kawasan ini walaupun sebelum ini pernah menerima aduan kehadiran haiwan berkenaan,” katanya.

Elak Dibaham, Budak Lelaki Ini Bertindak Menumbuk Mata Buaya Untuk Selamatkan Diri
Gambar sekadar hiasan. Kredit: National Zoo

Jangan main-main dengan buaya di Borneo. Buaya juga merupakan haiwan legenda di Sarawak. Baca kisah selanjutnya di sini :

ADVERTISEMENT
Share665Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy