fbpx
Cerita Borneo

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

Ikuti Langkah Mudah Ini

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini. Permohonan anda sudah diluluskan? Alhamdulillah. Tetapi tahukah anda bagaimana cara menyemak wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah masuk ke dalam akaun anda atau belum?

Cuba ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Masukkan nombor kad pengenalan anda ke dalam ruangan di laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my/ . Kemudian, klik ‘Cari‘.

2. Masukkan captcha sepertu yang dipaparkan. Klik ‘Semak‘.

3. Jika permohonan anda telah diluluskan, jumlah bantuan akan dipaparkan pada laman sesawang. Untuk menyemak sama ada wang bantuan tersebut telah dikreditkan ke akaun bank anda atau belum, klik ‘Papar Borang‘.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

4. Log masuk ke dalam akaun BPN anda. Sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan anda.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini
Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

5. Jika status yang dipaparkan mempunyai ‘MAKLUMAT BAYARAN‘, maka anda boleh melihat status ‘BERJAYA KREDIT‘ yang bermaksud wang telah dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Namun, jika tiada ‘MAKLUMAT BAYARAN‘ dipaparkan, ini bermaksud wang anda belum dimasukkan ke dalam akaun. Bersabarlah untuk beberapa hari lagi.

Elak Sesak Di ATM, Ikuti Panduan Semak Wang Bantuan Prihatin Nasional Ini

Kaedah ini juga boleh digunakan bagi penerima BPN bujang.

Bagi yang belum menerima maklumat bayaran, usah risau. Pembayaran BPN Fasa 1 ini bermula pada 6 April hingga 15 April ini. Jadi, anda tidak perlu bersesak-sesak di ATM semata-mata untuk menyemak sama ada wang anda telah dimasukkan ke dalam akaun atau pun belum.

Di musim COVID-19 ini, seeloknya anda terus kekal berada di rumah dan gunakan kemudahan laman sesawang dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan

Back to top button