fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
15 Julai 2020
Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Terpaksa tangguh plan dulu, gais.

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning. Sejak kebelakangan ini, siapa yang tidak mengenali nama Bengoh? Bukan sahaja ia tular di Sarawak tetapi menjadi sebutan di seluruh Malaysia kerana keindahan alam semulajadinya yang boleh diibaratkan seperti Jurassic World.

Haa, gitu.

ADVERTISEMENT

Namun demikian, kawasan popular itu kini ditutup buat sementara waktu kerana Kuching kembali menjadi kawasan zon kuning pandemik.

Pemberitahuan ini dibuat oleh Persatuan Masyarakat Nyegol Sting, Padawan melalui Facebook rasmi komuniti pengurusan Bengoh iaitu Bayan Atuh Ecotourism Zone.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning
Empangan Bengoh Ditutup Sementara Waktu Kerana Kuching Kembali Jadi Zon Kuning
Sumber : FB Bayan Atuh Ecotourism Zone

ADVERTISEMENT

Menerusi kiriman di laman Facebook tersebut, Bayan Atuh Ecotourism iaitu kawasan Banjaran dan Empangan Bengoh akan ditutup untuk kunjungan orang awam bermula 15 Julai 2020 (Rabu) hingga diberitahu kelak.

Sebab utama penutupan kawasan eko-pelancongan tersebut ialah kerana kawasan Kuching kembali diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik.

Ia juga merupakan langkah proaktif yang dibuat oleh pihak pengurusan bagi mengelakkan penularan pandemik dan memberi pesanan agar anda semua sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Beberapa hari kebelakangan ini, kawasan Banjaran Bengoh dilaporkan dicemari oleh sikap segelintir pendaki yang bertindak membuang sampah sarap di kawasan air terjun.

Anda boleh membaca cerita selanjutnya di sini :

Susulan Kuching diisytiharkan kembali menjadi zon kuning, sesi persekolahan juga turut ditangguhkan selama 2 minggu. Kawasan yang terjejas termasuk lah sekolah rendah dan menengah di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Ini artikel berkaitan :

Share1121Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy