fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Empat Mangsa Rentung Di Debak Dan Dua Daripadanya Kanak-Kanak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
28 September 2020
Empat Mangsa Rentung Di Debak Dan Dua Daripadanya Kanak-Kanak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam insiden kebakaran di sebuah kedai runcit di Betong semalam.

Empat Mangsa Rentung Di Debak Dan Dua Daripadanya Kanak-Kanak. Kejadian menyayat hati yang telah meragut nyawa empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dalam insiden kebakaran di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Dit, Debak telah berlaku pagi semalam.

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, John Sagun telah memaklumkan bahawa, kesemua mangsa ditemui mati ketika kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran dilakukan.

ADVERTISEMENT
kedai yang telah hancur terbakar di dalam kebakaran. kredit: awani

Kanak-kanak berusia 6 tahun adalah salah satu mangsa kebakaran

Berdasarkan maklumat awal, katanya ketika dihubungi, mangsa yang kesemuanya perempuan dikenal pasti sebagai Sirin Yusuf, 60 tahun, Rosni Sari, 23 tahun, Dayang Ina Eset, 10 tahun, dan Dayang Ina Arrohan, 6 tahun.

Terdahulu, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.47 pagi dan menggerakkan sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Katanya, setiba di lokasi, Komander Operasi Vincent Baling melaporkan, kedai yang merupakan struktur tidak kekal bersaiz 10×15 kaki persegi itu telah musnah sepenuhnya dimakan api.

ADVERTISEMENT

Kesemua mayat mangsa, kata Sagun, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran pulamasih dalam siasatan pasukan forensik, tambahnya.

ADVERTISEMENT

Baca lagi disini:

Share78Tweet49SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy